BBQ LAMB KL KEMENSAH TRAVELOGUE MALAYSIA REVIEW

BBQ LAMB KL KEMENSAH

BBQ Lamb Kemensah adalah nama yang tidak asing dalam kalangan pencinta makanan BBQ, dan kali ini, Travelogue Malaysia berkongsi pengalaman menarik mengenai Steamboat Buffet yang kini boleh dinikmati di tempat ini.

Ianya terletak di Kampung Kemensah, bersebelahan dengan pintu masuk utama Zoo Negara Kuala Lumpur, lokasinya mudah saja dijumpai atau anda boleh menggunakan Google Map/Waze dengan menaip "Bbq Lamb KL Kemensah." Pasti akan ditemui tanpa masalah.

Restoran sebelum ini hanya beroperasi pada waktu siang dengan menu Smoke, BBQ, dan Grill. Kini, mereka telah memperkenalkan Steamboat Buffet pada waktu makan malam, bermula jam 6 petang hingga 12 malam. 

Suasana malam dengan cahaya lampu di dalam sungai mencipta atmosfera yang indah, romantik, dan nyaman di BBQ Lamb Kemensah.

Steamboat dan Grill baru saja diperkenalkan di sini, dan walaupun hidangan ini boleh didapati di tempat lain, antara keunikan BBQ Lamb KL Kemensah adalah terletak pada suasana santai di tepi sungai.

BBQ LAMB KL KEMENSAH

Pelbagai jenis menu yang boleh dinikmati termasuk kambing, ayam, seafood, dan itik. Setiap bahan diperap dan ada yang asli untuk di'grill'. Ini bila di grill memang terbaik! Pelbagai pilihan kuah disediakan seperti Tomyam, Sup, dan Kuah Kimchi.

Steamboat Buffet tidak lengkap tanpa pelbagai jenis bahan untuk dimasak bersama seperti sayuran, bebola (ikan, udang, sayur, ketam, ayam, dan daging), telur (ayam dan burung puyuh). Dan yang paling penting pengunjung boleh makan sepuasnya tanpa had.

BBQ LAMB KL KEMENSAH

Dengan harga RM 38 untuk dewasa, RM 25 untuk kanak-kanak, dan RM 30 untuk warga emas dan OKU, pengunjung boleh menikmati Steamboat Buffet tanpa had sehingga kenyang.

Waktu Operasi
  • A la carte and set menu : 12 tengah hari hingga 6.30 petang
  • BBQ: 12 tengahari hingga 6.30 petang
  • Steamboat Buffet : 7 malam hingga 12 malam

Tempahan dan Pertanyaan

Pengunjung boleh membuat tempahan atau bertanya lanjut dengan menghubungi nombor 0122114100.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Previous Post Next Post