RESIPI RENDANG DAGING CILI API NEGERI SEMBILAN (N9)

RENDANG DAGING CILI API NEGERI SEMBILAN 
Negeri Sembilan adalah negeri yang masih mengamalkan Adat Perpatihnya dan mereka dibahagikan mengikut Luak-Luak daerah. Selain daripada menitikberatkan Adat tradisi mereka dalam adat-adat keramaian, kekeluargaan dan sebagainya, masakan juga merupakan salah satu tradisi yang diamalkan sehingga ke anak cucu cicit mereka.
 
Rendang Daging Cili Api Negeri Sembilan adalah salah satu resipi tradisi mereka dan mengikut apa yang diberitahu, masakan rendang Negeri Sembilan berbeza mengikut Luak Daerah. Untuk daerah Luak Rembau, rendang mereka lebih berwarna gelap dan menggunakan bawang. Sementara daerah luak-luak yang lain, mereka tidak menggunakan bawang dan hanya tertumpu kepada cili api dan santannya, warna rendang kuning kemerahan.
 
Resipi ini dipilih kerana keunikan cara penyediaan dan cara masaknya. Turutannya serupa walaupun untuk Periuk Tekanan (Pressure Cooker) atau dapur biasa. Selamat Mencuba.
 
RESIPI RENDANG DAGING CILI API NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHANNYA
(tiada sukatan tertentu, kerana ini mengikut selera kepedasan masing2)
1 kilo      Daging segar
1 paket   Keisik
Sedikit    Garam
 
BAHAN-BAHAN BLENDER
2 inci       Lengkuas
3 batang Kunyit hidup (wajib kunyit hidup and ikut nak lebih pun boleh)
2 batang Serai
Segenggam Cili Api (mengikut kepedasan masing-masing)
 
BAHAN-BAHAN HIRIS
2 batang Serai
Daun Kunyit (simpan sikit untuk taburan terakhir)
Daun Limau Purut (jika hendak)
 
BAHAN-BAHAN DITITIK
1 batang Serai
2 biji       Santan Kelapa segar pekat atau
3 kotak   Santan kelapa (kotak kecil Brand Ayam kerana Brand ini lebih pekat)
(tips untuk santan tertera dibawah sekali)
 
 
CARA PENYEDIAANNYA
CARA MASAK
(unik cara masakan ialah tidak perlu menumis)
  1. Panaskan periuk, tidak perlu minyak masak.
  2. Masukkan daging kedalam periuk, masuk bahan-bahan yang telah diblender, masukkan santan.
  3. Renehkan semua sekali, gaulkan sekali sekala untuk sebatikan semua bahan.
  4. Bila sudah agak sebati, masukkan bahan hiris serai dan sedikit daun kunyit. Daun limau purut ini tidak wajib sebenarnya.
  5. Sudah agak nak kering, masukkan kerisik, batang serai yang dititik, garam mengikut rasa.
  6. Sebaik dah siap, boleh hiaskan dengan hirisan daun kunyit yang selebihnya.
 
TIPS
  1. Daging satu kilo, anggaran santan 2 biji kelapa. Jika lebih sikit pun boleh.
  2. Jika guna santan segar, tidak memerlukan kerisik.
  3. Jika guna santan kotak, memerlukan kerisik.
  4. Resipi ini tidak menggunakan gula, kerana santan memainkan peranan daripada segi rasa lemak manisnya.
 
Kerjasama bersama SEGI FRESH
 
 
 
Previous Post Next Post