RESIPI DAGING MASAK MERAH

Daging Masak Merah
DAGING MASAK MERAH
R
e
sipi mudah yang boleh dibuat walaupun anda seorang yang tidak pandai memasak. Daging Masak Merah Ala Thai.

Resipi ini sesuai untuk masak atas dapur biasa atau menggunakan pressure cooker.

Dalam video ini, Daging Masak Merah ini dimasak menggunakan Pressure Cooker Philips 2137. Jika anda ingin menggunakan dapur biasa juga boleh. 

RESIPI DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN A
1 kilo           Daging Segar
Sedikit         Sos Labu atau Pewarna Merah
 
BAHAN-BAHAN B
3 ulas          Bawang Putih (dititik)
1 biji            Bawang Holland
½ biji           Karot
1 biji            Tomato
5-6 helai      Daun Limau Purut
7-8 biji         Cili Api (Ikut selera jika inginkan kepedasan)
3 sdb           Sos Tomato
3 sdb           Sos Cili
3 sdb           Sos Tiram
1 sdb           Sos Ikan
1 sdb           Cili Kisar
Minyak Masak
Air Rebusan Daging
Daun Ketumbar / Daun Sup
 
CARA PENYEDIAANNYA
REBUS DAGING
  1. Daging perlu direbus dahulu.
  2. Masukkan daging kedalam periuk untuk direbus, Titiskan sos labu atau pewarna merah supaya mendapatkan daging berwarna merah. (Philips Pressure Cooker 2137. Mode Meat/Poultry, 20 minit, Valve seal. Keep Warm 10 minit.)
  3. Selepas daging telah masak, keluarkan untuk disejukkan dan potong mengikut kesukaan sendiri.
  4. Air rebusan daging simpankan sedikit untuk digunakan kemudian.
CARA MASAK DAGING MASAK MERAH
  1. Masukkan minyak masak kedalam kuali atau pot pressure cooker. 
  2. Gorengkan daging yang telah dipotong tadi sehingga garing. Setelah garing boleh diangkat dan letak ketepi.  (ikut selera sendiri jika ingin garing). (Philips Pressure Cooker 2137. Mode Saute/High, Auto 2 minit, Tidak ditutup tudungnya. Untuk sambung supaya garing, Mode Bake, 15 minit)
  3. Boleh gunakan balik minyak goreng daging tadi, untuk menumis bahan2 seterusnya. (Philips Pressure Cooker 2137. Mode Saute/High, Auto 2 minit, Tidak ditutup tudungnya. Kemudian sambung dengan Mode Bake, 30 minit.)
  4. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan Cili Kisar. Tumis sehingga masak cilinya.
  5. Masukkan daging yang telah digoreng tadi. Gaulkan sehingga sebati.
  6. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, dan sos ikan. Tumiskan sehingga sebati.
  7. Masukkan cili api, bawang Holland, karot, tomato dan daun limau purut. Tumiskan sebati semua bahan tadi.
  8. Masukkan air rebusan daging tadi.
  9. Masukkan daun sup / daun ketumbar sekali. Gaulkan sekejap sehingga kuah nya pekat.
  10. Keluarkan, hidangkan dan hiaskan dengan daun ketumbar / daun sup.
Kerjasama bersama SEGI FRESH
Previous Post Next Post