Breaking News

ENAM DESTINASI TERBAIK PILIHAN AGODA UNTUK MELIHAT BUNGA SAKURA MEKAR

Nikmatilah aktiviti tradisi hanami di Asia, Amerika dan Eropah
Musim bunga bakal menjelang lagi dan ini bermakna tibalah masanya untuk pokok-pokok sakura berbunga. Ambil peluang ini untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama orang tersayang anda di bawah pokok-pokok sakura yang indah. Walaupun negara Jepun dan bandar Washington, D.C. merupakan lokasi paling terkenal bagi menikmati bunga sakura, ia juga boleh didapati di tempat-tempat lain di serata dunia. Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang di dunia, berkongsi tempat-tempat di Asia, Amerika dan Eropah untuk menikmati aktiviti tradisi hanami, atau “menyaksikan mekarnya bunga” dalam Bahasa Jepun. 

JINHAR, CHANGWON, SOUTH KOREA
Pesta Jinhae Gunhangie menarik sekurang-kurangya dua juta pengunjung setiap tahun. Pesta musim bunga yang terbesar di Korea Selatan ini pada asalnya adalah sebuah upacara memperingati Laksamana Yi Sun-sin. Nikmati pesta ini dengan bersiar-siar di Jambatan Romance yang indah, di mana bunga-bunga sakura berkembang di sepanjang Sungai Yeojwacheon, dan di Stesen Keretapi Gyeonghwa, yang mana pokok-pokok sakura tumbuh sejajar dengan landasan keretapi. Masa terbaik untuk mengunjungi tempat ini adalah pada bulan Mac sehingga April. 

Terletak berhampiran dengan destinasi-destinasi yang wajib dikunjungi di sekitar kota ini, M-Stay Hotel Changwon merupakan tempat penginapan yang ideal bagi para pelancong yang ingin kekal sibuk sepanjang perjalanan mereka.

DIEN BIEN PHU, VIETNAM
Masih belum diketahui ramai, Pulau Hoa di Vietnam yang terletak di tengah-tengah Tasik Pa Khoang di sebelah timur bandar Dien Bien Phu adalah sebuah lokasi yang terbaik untuk melihat bunga sakura. Tahukah anda bahawa tempat ini telah dipilih oleh saintis Vietnam, Dr Tran Le setelah beliau menjelajah ke setiap pelusuk Vietnam untuk mencari tempat yang sesuai bagi menanam benih pokok sakura yang dihadiahkan oleh rakannya dari Jepun?

Menginap bersama keluarga anda di Hoang Anh Villa yang menampilkan kolam renang luar dan halaman yang luas untuk melakukan aktiviti hanami, atau menyaksikan mekarnya bunga sakura.

WASHINGTON D.C., AMERICA
Pesta Kebangsaan Cherry Blossom yang berlangsung selama tiga minggu meraikan ketibaan musim bunga dan pada yang sama memberi penghormatan kepada kedua-dua budaya Amerika dan Jepun. Sejumlah 3,000 pokok sakura yang terdapat di sini telah dihadiahkan oleh Datuk Bandar Tokyo, Yukio Ozaki pada tahun 1912 dan menjadi satu lambang talian persahabatan di antara kedua-dua negara tersebut.

Nikmati pemandangan indah umpama lautan bunga sakura di Tidal Basin, dan bermalam di The Wink Hotel Washington D.C. Hotel ini yang terletak di tengah-tengah kotaraya amat sesuai bagi pelancong yang ingin mengalami sepenuhnya apa yang ditawarkan oleh kota yang meriah ini.

EDINBURGH, SCOTLAND
Bawa bekalan piknik dan kunjungilah The Meadows, di bandar Edinburgh, Scotland. Ambil tempat anda di salah sebuah bangku di bawah rimbunan pohon dan nikmati pemandangan indah bunga-bunga berwarna merah jambu sambil berehat. Rancang untuk meluangkan masa di luar rumah dengan membawa selimut dan novel kegemaran anda. 

Menginap di Radisson Blu Edinburgh yang terletak di Royal Mile yang bersejarah di tengah-tengah kota Edinburgh. Lokasi hotel ini adalah berhampiran dengan tempat-tempat tarikan pelancong utama, pusat membeli-belah dan The Meadows.

PARIS, FRANCE 
Tidak banyak tempat di dunia ini yang romantik dan seindah kota Paris yang turut dikenali sebagai City of Lights. Pada setiap musim bunga, kawasan perumahan dan taman-taman di sekitar ibu negara Perancis ini akan dipenuhi oleh bunga-bunga sakura yang mempesonakan. Saksikan panorama indah ini sambil bersiar-siar melalui Parc du Champ de Mars, di bawah Menara Eiffel Tower yang tersohor. 

Menginap dalam serba kemewahan di Park Hyatt Vendome Hotel di Rue de la Paix yang berprestij di tengah-tengah kota Paris. Hotel bertaraf lima bintang ini terletak berhampiran dengan pintu gerbang terkenal Place de la Concorde dan Arc de Triomphe di Champs Elysees.

KYOTO, JAPAN
Akhirnya, kunjungilah negara Jepun, destinasi yang paling terkemuka di Asia yang merupakan tempat asalnya aktiviti hanami. Walaupun bunga sakura boleh didapati di mana-mana sahaja di negara Jepun, Kyoto mempunyai salah satu laluan jalan kaki yang terbaik, termasuk Philosopher’s Path; sebuah terusan yang diapit oleh ratusan pokok-pokok sakura. 

Baru dibuka pada tahun 2018, Nest Hotel Kyoto Shijokarasuma yang terletak ditengah-tengah kota ini, memudahkan akses ke tempat-tempat tarikan pelancong.

TENTANG AGODA
Agoda adalah salah satu platform penempahan penginapan atas talian yang paling berkembang maju di dunia. Diasaskan sebagai start-up e-dagang di Singapura sejak tahun 2005, Agoda kini telah berkembang untuk menawarkan lebih 2 juta pilihan penginapan dalam lebih 200 negara di serata dunia. Agoda memberikan akses mudah kepada para pelancong untuk memilih penginapan yang terdiri daripada hotel mewah, hotel kos rendah, pangsapuri, kediaman dan vila yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan mereka. 

Berpangkalan di Singapura, Agoda adalah sebahagian daripada Booking Holdings (Nasdaq: BKNG) dan mempunyai lebih 4,000 wargakerja di dalam lebih 30 negara. Agoda.com dan aplikasi mobil Agoda boleh didapati dalam 38 bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi press@agoda.com 


No comments

Please leave your comment.