JOM BAITULMAL - KITA JUMPA LAGI


Jumpa lagi... hahaha jumpa banner ni tadi. Termenung jap tengok... 

Impressivelah kerana dulu-dulu Baitulmal MAIWP kurang sikit promosinya. Ada tu ada tetapi tidaklah informatif seperti yang ini.

Bagus juga buat macam ini, komuniti sekeliling yang tidak tahu akan tahu. Bukan semua rumah ada internet, bukan semua orang tau berinternet juga. Salah satu langkah untuk mendekati komuniti untuk lebih peka. 

Yang nampak ini kat masjid. Waktu solat yang lalu lalang akan baca atau pandang sahaja. Sikap manusia yang biasa. Tetapi sekurangnya ianya ditangkap foto dalam ingatan kita.. oh ye saya pernah nampak pasal Baitulmal MAIWP. Tetapi tumpuan orang ramai akan ke masjid, masuk solat lepas tu masing-masing kejar keluar. 

Harap-harap mereka naikkan lagi di tempat lain terutama kawasan sekolah kerana ini adalah kawasan dimana lebih ramai orang akan bertumpu terutama waktu ambil anak-anak. Masing-masing tunggu dalam 15minit sebelum sekolah tamat. Letak tempat strategik mereka akan termenung pandang dan baca... nak habiskan waktu menunggu katakan.. 

hahaha dari ibubapa bergosip baik baca banner ni dapatlah juga wawarkan kepada orang lain... saya suka konsep 'word of mouth'. Itu adalah kaedah yang amat amat berkesan dalam khidmat pelanggan dan promosi.

Satu lagi langkah Baitulmal MAIWP yang nampaknya sudah mara kehadapan.. 
Facebook ada
Team promosi ada
Twitter ada tak? hahaha
Online registration bagus juga kalau ada... huhu 

Tahniah Baitulmal MAIWP kerana telah mendengar keluhan mereka yang diluar tentang kurangnya informasi mengenai skim-skim yang ditawarkan, mengenai keluhan mereka yang pegawai tidak bekerja langsung dan hanya duduk dalam ofis sejuk aje... 

Nak pasang banner bukan senang ye nak kena cari tempat orang nak betul-betul baca, dan gantung tak boleh sebarang gantung jap lagi DBKL cabut buang....mau berpeluh juga ye... hahaha  (saya pernah buat asyik dok jatuh sengget mau angin dibuatnya)

apa-apa pun keep it up folks...  pasti masyarakat akan menyokong anda insyaallah..amin

Previous Post Next Post