23 February 2017

SUAMIKU PALING SWEET

Drama slot AKASIA TV3 terbaru bermula pada Isnin hingga Khamis, jam 6.58petang sehingga 8 malam bermula 13 Feb 2017, sebanyak 28 episode, adaptasi novel terlaris hasil nukilan ANJELL, SUAMIKU PALING SWEET

Klise? 
Mungkin tetapi ianya mula mendapat tempat dihati peminat drama bersiri di Malaysia. 

Pendapat admin-admin #borakkita selepas membaca novel ini dan cara jalan penulisan skrip oleh Mufid Suhaimi, akan ada konflik 'menyakitkan hati' tetapi masih mengekalkan kasih sayang kekeluargaan. Seperti biasa karya Mufid Suhaimi bersahaja, tetapi agak mengejutkan Pengarah Zul Huzaimy menunjukkan kearah style arahan yang agak bagus didalam drama ini. 

JUDUL   : SUAMIKU PALING SWEET
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2016
HARI / MASA : Isnin hingga Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP   : Mufid Suhaimi
PENGARAH: Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios

WATAK PELAKON
Mawar Rashid sebagai Qisya Iriz
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
Nik Adam Mika sebagai Hafiey
Liza Abdullah sebagi Puan Fatimah
Natasya Mahyan sebagai Maya
Fazren Rafi sebagai Qairul
Aedy Ashraf sebagai Hakimi
Lia Natalia sebagai Deena
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Sanisah
Abdul Manan Sulaiman sebagai Manaf
Amirul Faqeem sebagai Ikram
Khairul Bahri sebagai Khalid
Chomel Farhana sebagai Shuk
Remy Maghrib sebagai Danny
Elvina Mohamad sebagai Hanna
Aida Othman sebagai Hanum
Zulkifli Salleh sebagai Pak Tam 

LAGU TEMA / OST SUAMIKU PALING SWEET
Tajuk Lagu   : Cool Love
Penyanyi      : Ippo Hafiz
Video & Lirik : LINK

SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET
Mengisahkan Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin. Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments:

Please leave your comment.