8 February 2017

HYPPTV MEMBAWA KECERIAAN DAN BERKONGSI KEGEMBIRAAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA BERSAMA PENGHUNI PJ CARING HOME

From centre: Mr Uthaya Perumal - Founder PJ Caring Home with Jeremy Kung- Executive Vice President, New Media TM, Emily Wee – Vice President, Business and Media Operations, New Media TM with Caretakers representatives from PJ Caring Home Ms. Rita Herawati and Mr Umakantan.
Dari tengah: Mr Uthaya Perumal – Penaung, PJ Caring Home with Jeremy Kung- Naib Presiden Eksekutif, New Media TM, Emily Wee – Perniagaan dan Operasi Media, New Media TM bersama wakil pengasuh PJ Caring Home Cik Rita Herawati dan Mr Umakantan
Rumah Kebajikan tersebut kini boleh menikmati perkhidmatan UniFi secara PERCUMA bersama HyppTV Ruby Pack selama 3 tahun dan PERCUMA SAMSUNG TV 65’ HD

Peka dengan tanggungjawab sosialnya dan dengan hasrat untuk berkongsi kegembiraan sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini bersama golongan kurang bernasib baik, HyppTV, perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia dan pernah memenangi anugerah yang dikuasakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengadakan kunjungan ke PJ Caring Home bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

Delegasi daripada TM dan HyppTV ke rumah kebajikan tersebut telah disertai oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM bersama Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM.

Para delegasi membawakan lebih keceriaan kepada rumah kebajikan tersebut dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti sesi nyanyian beramai-ramai, meneka rasa sambil menutup mata, senaman aerobik, melakukan lipatan origami dan pertunjukan silap mata dan persembahan badut bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan untuk kali ini.

Bertepatan dengan janji TM “Hidup Lebih Mudah” buat seluruh masyarakat, HyppTV turut memberikan askes UniFi secara PERCUMA lengkap dengan HyppTV Ruby Pack untuk PJ Caring Home tersebut. Penghuni di PJ Caring Home yang kebanyakannya  terdiri daripada golongan warga tua dan golongan yang mempunyai gangguan mental, akan dapat menikmati pengalaman internet berkelajuan tinggi UniFi serta menonton kandungan hiburan bertaraf antarabangsa di HyppTV secara PERCUMA selama 3 tahun. Bagi melengkapkan perkhidmatan internet dan IPTV berkenaan, Samsung, sebagai rakan TV rasmi menyumbang sebuah televisyen berdefinisi tinggi (HD) berukuran 65’ untuk rumah kebajikan tersebut! Selain itu, warga tua di rumah kebajikan itu turut akan menerima cenderahati eksklusif dari HyppTV dan TM Info-Media Sdn. Bhd. (TMIM), sebuah anak syarikat milik TM. Secara keseluruhan, sumbangan bernilai lebih RM40,000 disampaikan bagi meringankan beban para penghuni di PJ Caring Home tersebut.

Menurut Jeremy: “Kunjungan kami ke PJ Caring Home merupakan antara cara kami membawa keceriaan dan kegembiraan kepada para penghuni di sini untuk bersama-sama merasai keseronokkan dalam suasana persekitaran yang ceria semasa sambutan Tahun Baharu Cina di samping memberi peluang kepada anggota kami untuk mendekati masyarakat setempat dengan melakukan kerja-kerja amal.”

"HyppTV telah mula melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sejak tahun 2013 pada bulan Ramadan apabila kami telah bekerjasama dengan ahli jawatankuasa masjid di Menara TM, Kuala Lumpur, Bangi dan Taman Melawati. Bermula tahun ini, kami berhasrat untuk memperluaskan aktiviti kemasyarakatan ini dengan menganjurkan program-program seumpama ini untuk sama-sama berkongsi kemeriahan sambutan hari perayaan utama dan menyumbang kepada masyarakat terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik. Selain memberikan sumbangan dan mengadakan kunjungan ke PJ Caring Home, HyppTV juga telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik bersama masyarakat setempat sepanjang tahun ini. Sememangnya kami amat berbesar hati untuk menggembirakan kehidupan golongan yang kurang bernasib baik ini melalui pelbagai bentuk hiburan dan menyumbang semula kepada masyarakat merupakan satu pemulaan yang baik untuk tahun ini," katanya.

Bersempena dengan  sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, HyppTV turut menganjurkan satu promosi bagi memberikan pelanggannya tontonan saluran Ruby Pack secara percuma bermula 28 Januari 2017 sehingga 11 Februari 2017. Dikenali sebagai “Chick It Out!”, tayangan secara percuma selama 15 hari ini meraikan kedatangan Tahun Ayam dengan pelbagai hiburan menarik dan penonton berpeluang menonton filem-filem terbaharu secara eksklusif serta pelbagai drama bersiri di saluran Now Baogu HD (Saluran 225), SCM HD (Saluran 228), SCM Legend (Saluran 226) dan RED by HBO HD (Saluran 227) termasuk pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Selain itu, pelanggan HyppTV turut berpeluang menikmati nyanyian karaoke di HyppStars (Saluran 901), yang menawarkan pelbagai pilihan lagu berbahasa Mandarin, secara percuma sepanjang sambutan perayaan ini, khas dari HyppTV.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 108 saluran dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) - yang terdiri daripada 49 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran Radio, 9 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere atau Hypp Play, saluran Video-On-Demand yang menawarkan pelbagi siri kandungan di HyppTV bagi tontonan yang menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).
  
Mengenai TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), Peneraju Konvergens Negara dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Berintegrasi No. 1 di Malaysia, bersama-sama webe, Pusat Kecemerlangan Mobilitinya, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi jalur lebar, data, talian tetap dan mobiliti. Sebagai peneraju pasaran, TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan yang berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.

Memanfaatkan sambungan global yang meluas, infrastruktur rangkaian dan himpunan kepakaran kami, TM berkedudukan baik untuk melonjakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara.

Sebagai warga korporat contoh yang komited terhadap tadbir urus dan ketelusan yang baik, TM meneruskan janjinya untuk memastikan tahap integriti proses, anggota dan reputasi kami serta kelestarian operasi kami. Falsafah Tanggungjawab Korporat (CR) kami berpegang teguh pada amalan bertanggungjawab dalam empat domain utama iaitu pasaran, tempat kerja, masyarakat dan alam sekitar. Dengan memfokus pada ICT, Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar, menerusi program-program Reaching Out kami.

TM sentiasa bersedia untuk terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan menerusi himpunan penawarannya yang komprehensif bagi membawakan pengalaman digital yang menyeluruh dan penyelesaian perniagaan yang bersepadu untuk memenuhi keperluan komunikasi perniagaan dan gaya hidup mereka – ke arah menjadikan “Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah demi Kesejahteraan Malaysia”.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.    

Mengenai HyppTV
HyppTV, perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia, dikuasakan oleh TM kini ditawarkan kepada pelanggan UniFi dan Streamyx di seluruh negara. HyppTV ditawarkan dengan perkhidmatan UniFi “triple-play” iaitu UniFi Pro Plan dengan pengalaman kelajuan terpantas dengan 100Mbps serendah RM329 sebulan dan UniFi Advance Plan dengan pilihan pakej nilai dengan kelajuan sehingga 50Mbps serendah RM199 sebulan.

Bagi Streamyx, HyppTV boleh didapati dengan pakej Streamyx BB Deal 8Mbps sebagai sebahagian daripada penawaran perkhidmatan tiga serangkainya pada harga RM160 sebulan termasuk 26 saluran percuma manakala bagi pelanggan-pelanggan Streamyx BB Deal 4Mbps, HyppTV ditawarkan sebagai perkhidmatan tambahan bagi Pek HyppTV pada harga minimum RM30 sebulan dan turut didatangkan dengan 26 saluran percuma. Penawaran pelbagai skrin HyppTV boleh dinikmati dengan memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere menerusi Play Store Android atau App Store Apple dan anda kini boleh menonton program-program HyppTV kegemaran anda menerusi telefon pintar, tablet mahupun komputer peribadi. HyppTV turut boleh didapati oleh pelanggan UniFi dan jalur lebar perniagaan.

HyppTV menyediakan pelbagai pilihan kandungan bertaraf antabangsa yang mampu dimiliki, tanpa ganguan cuaca. Perkhidmatan yang pernah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini  termasuklah Best Component or Enabler di majlis anugerah TV Connect Industry Awards 2014 (sebelum ini dikenali sebagai IP&TV Industry Awards) di London. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut perkhidmatan ini diiktiraf di peringkat antarabangsa di mana sebelum ini HyppTV telah dianugerahkan sebagai Best Online TV Service or Solution pada majlis anugerah yang sama pada tahun 2013. Dengan penganugerahan ini, HyppTV mencipta sejarah menjadi perkhidmatan IPTV pertama di Malaysia yang memenangi anugerah pada acara berprestij tersebut yang mengiktiraf, menganugerah dan meraikan inovasi, kecemerlangan dan pencapaian dalam industri Connected Entertainment.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 108 saluran dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) - yang terdiri daripada 49 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran Radio, 9 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere atau Hypp Play, saluran Video-On-Demand yang menawarkan pelbagi siri kandungan di HyppTV bagi tontonan yang menyeronokkan. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih daripada 1.2 juta pelanggan.


Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube  (Youtube).
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments:

Please leave your comment.