KOPETRO Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pantai Timur

 

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2021 – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) turut serta menjayakan program anjuran Jawatankuasa CSR Koperasi (JCSRK) 2021 dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga Angkatan Koperasi Malaysia (ANGKASA) bagi penyerahan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir Pantai Timur hari ini, bertempat di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, BukitDamansara, Kuala Lumpur.

Menurut Setiausaha KOPETRO, Y.Bhg Datuk Hj. Abdul Razak bin Hussain, inisiatif ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat KOPETRO yang sememangnya menjalankan pelbagai program bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan sepanjang tahun.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit kegembiraan dan meringankan beban mereka yang ditimpa dengan musibah banjir.” katanya.

Bantuan telah disampaikan di dalam majlis yang ringkas mengikut tatacara norma baharu oleh Y.Bhg Datuk Hj. Abdul Razak bin Hussain kepada Y.Bhg Tuan Hj. Zazali bin Haron, Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan En. Amran bin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

Turut hadir Puan Hajjah Hafida binti Hassan, Naib Setiausaha KOPETRO serta En Ahmad Hazil bin Abd Lateff, Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat KOPETRO. KOPETRO telah menyumbangkan barangan eletrik kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi,

KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD (KOPETRO) 
MUHAMMAD HAFIDZ SELAMAT (Eksekutif Pemasaran Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad)
Tel : 010-2798443 Email : hafidz.selamat@kopetro.com.my

RABIATUL ADDAWIAH SAMUEIL
(Pengurus Pemasaran & Promosi Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad)
Tel : 019-7000170
Email : rabiatul.addawiah@kopetro.com.my

MENGENAI KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD(KOPETRO)

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30
Oktober 1980 dianggotai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya.
KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan,
Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 5 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E- Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.

Layari laman web www.kopetro.com.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai
KOPETRO atau ikuti akaun media sosial milik KOPETRO seperti berikut:
Facebook: https://www.facebook.com/KopetroBerhad
Instagram: https://www.instagram.com/kopetroberhad/?hl=en