SEGARKAN DIRI PADA MUSIM PANAS INI DENGAN THE COFFEE BEAN & TEA LEAF®

SELEKSI TERBARU DARI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF®

Kuala Lumpur, 2 Julai 2020 - Cuaca panas membuatkan kita terasa inginkan hidangan sejuk. Sajian menu baharu daripada THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® (CB&TL) pasti melegakan! Seleksi yang baharu ini menampilkan Cookies & Cream sebagai hidangan utama dan dua pilihan bagel, yang didatangkan tepat pada masanya ketika bisnes dibuka semula dan semakin ramai yang merasakan mereka perlukan hidangan pencetus keceriaan yang menyegarkan.

“Ketika rakyat Malaysia menyingsing lengan dan mula membiasakan diri dengan ‘norma baharu’, kami berharap sajian terbaharu ini akan dapat mengekalkan tahap tenaga mereka. Sama ada ia waktu makan tengah hari bekerja atau masa santaiindividu, sajian menyegarkan dan snek enak pasti akan dapat membantu menggembirakan dan memuaskan hati setiap pelanggan,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® MALAYSIA.

Dua minuman baharu ini - Midnight Cookies & Cream Ice Blended® dan Pure Midnight Cookies & Cream Ice Blended® (kecil RM17.20, biasa RM18.70) dijamin dapat menggembirakan selera anda! Pelanggan juga boleh memilih perisa kegemaran seperti Vanilla Cookies & Cream Ice Blended®, Pure Vanilla Cookies & Cream Ice Blended®, Mocha Cookies & Cream Ice Blended® dan Pure Chocolate Cookies & Cream Ice Blended® (kecil RM15.40, biasa RM16.90).

THE OG BAGEL

Selain itu, bermula 1 Julai, nikmatilah minuman baharu Midnight Mocha yang kaya dan berkrim, menggabungkan sirap coklat pahit dengan Cold Brew CB&TL yang menghasilkan minuman lazat yang pastinya dapat memuaskan keinginan terhadap coklat dan kopi. Berikan ganjaran kepada diri anda dengan Midnight Mocha Cold Brew Latte (RM13.80) atau Midnight Mocha Nitro Latte (RM15.70).

Gandingkan minuman ini dengan bagel baharu yang sedap (tersedia dari 2 Julai), sesuai untuk makan tengah hari yang ringan atau waktu rehat petang - cubalah The OG Bagel yang dibakar bersama bawang putih, bawang merah dan parsli atau Sambal Bilis Bagel bagi yang mahukan sentuhan Malaysia yang pedas (RM9.50 sekeping atau RM15 dengan Today’s Brew/Hot Tea).

YUZU APPLE CAKE

Dan jika itu masih tidak mencukupi, apa kata anda berikan sentuhan peribadi pada minuman kegemaran anda? Kini pelanggan mempunyai pilihan untuk mempertingkatkan minuman Ice Blended® dengan keenakan Cookies & Cream - hanya ‘Tambahkan Cookies’! Jika terlalu sukar untuk memutuskan apa yang anda ingin cuba dahulu, jangan khuatir - pilihan yang sedia dipesan ini pasti  tidak menghampakan anda - Hazelnut Cookies & Cream Ice Blended®, Single Origin Mocha Cookies & Cream Ice Blended® dan Pure Single Origin Chocolate Cookies & Cream Ice Blended®!

Akhir sekali, apalah maknanya musim panas tanpa buah-buahan segar dan bunga-bungaan yang cantik? Yuzu Apple Cake (RM13.95 sepotong, RM139.90 untuk sebiji kek) adalah hidangan yang masam manis dengan gabungan rasa epal yuzu yang lembut dengan coklat putih, atau terpesona dengan keindahan rasa Peach Blooming Tea (RM16 satu teko di restoran, RM50 satu tin untuk lima kuntum). Terakhir, , teruskan kekal hidrat dan bergaya dengan seleksi terbaharu bekas air Be Wild yang cantik (harga dari RM75-148) untuk pemandangan bunga-bungaan yang indah ke mana saja anda pergi!

  HAZELNUL COOKIES & CREAM ICE BLENDED®,
SINGLE ORIGIN MOCHA COOKIES & CREAM ICE BLENDED®

Nikmati semua ini dan banyak lagi untuk menyejukkan badan, menceriakan diri atau memberi keluarga dan rakan anda dengan sajian istimewa dengan Promosi Cookie Hour* ini, yang terdapat di semua cawangan yang beroperasi di Semenanjung Malaysia dari 26 Jun - 10 Julai 2020! Dari jam 3pm-8pm, nikmati tawaran beli 1 percuma 1 khas untuk minuman Mocha, yang terdiri daripada The Original Mocha Ice Blended®, Mocha Cookies & Cream Ice Blended®, The Ultimate Mocha Ice Blended®, Pure Chocolate Cookies & Cream Ice Blended®, Mocha Latte (panas dan ais), Café Mocha dan Moroccan Mint Tea Latte (panas dan ais)!

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai tawaran terkini CB&TL, berita dan promosi, ikuti laman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau lawati laman web, www.coffeebean.com.my

About The Coffee Bean & Tea Leaf®

The Coffee Bean & Tea Leaf® brand is a leading global roaster and retailer of specialty coffees and teas and is widely credited for driving high quality and innovation to the coffee and tea industry. The company sources the finest ingredients and flavors from around the world and hand blends coffee and tea for the freshest flavors. The Coffee Bean & Tea Leaf® brand started the frozen coffee drink craze with the invention of The Original Ice Blended® drink and is also the first global coffee and tea retailer to offer cold brew tea. The company currently has more than 1,200 retail locations across the globe and can be found in grocery aisles as well as specialty locations including airports and hotels. For more information, visit www.coffeebean.com.my.
Previous Post Next Post