KOLEKSI RESEPI AISKRIM MALAYSIA


Koleksi Resipi Aiskrim Malaysia yang Popular
AISKRIM MALAYSIA, satu nama yang agak legen dikalangan tua dan muda selama bergenerasi lamanya. Dan mengikut peredaran masa, resipi Aiskrim Malaysia sering bertukar, atau ditambah atau dikekalkan mengikut pengemarnya. Menjadi kegemaran dari tua sehingga yang muda. 
  
Ianya juga dikenali sebagai Airkrim Batang, Aiskrim Malaysia tidak susah untuk membuatnya. Dengan kos yang sangat minimall, anda sudah boleh membuat Aiskrim Malaysia pelbagai rasa untuk makan sendiri ataupun untuk dijual.

Dengan kos bahan mentah, bermodalkan antara RM10-RM20, dan dengan harga jualan antara RM0.50 – RM1.50 mengikut saiz yang sekarang dalam pelbagai bentuk, anda sudah pasti mendapat kembali sedikit keuntungan untuk yang menjadikan Aiskrim Malaysia ini sebagai pendapatan sambilan.

Koleksi Aiskrim Malaysia yang popular / baru telah kami kumpulkan untuk rujukan orang ramai. Mungkin untuk makan sendiri atau untuk tujuan menjual, kami harap ianya akan manfaatkan semua. Selamat Mencuba!!

Kredit Photo: rasa.my
AISKRIM ASAM BOI klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
· Air Panas
· Gula
· Perisa Asam Masin
· Asam Boi 
· Plastik Aiskrim
Cara-caranya:-
1.    Larutkan gula dengan air panas. (nak buat air gula pun boleh)
2.    Masukkan perisa asam masin. (ikut selera)
3.    Biarkan sejuk 
4.    Masukkan asam kecut/boi ke dalam plastik aiskrim.
5.    Kemudian masukkan air bancuhan air asam yang dah sejuk kedalam plastik tadi. 
6.    Ikat ketat-ketat.
7.    Simpan dalam peti ais semalaman. 

Kredit Photo: Astro Awani

AISKRIM CUMI klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         1 tin susu pekat
·         1 tin susu cair
·         4 tin air kosong
·         2 bungkus sumi
·         secubit garam

Cara-caranya:-
1.    Masakkan air, susu pekat, susu cair hingga mendidih. 
2.    Masukkan garam sedikit.
3.    Biarkan sejuk 
4.    Masukkan sumi yang dibelah 4 
5.    Tuangkan bancuhan susu tadi kedalam plastik aiskrim tadi
6.    Sejukkan

Kredit Photo: The Asian Parent


AISKRIM CHOKI klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         Choki choki
·         1 tin susu pekat
·         1/2 tin susu cair
·         4 tin air kosong
·         2 1/2 sudu tepung jagung
·         secubit garam

Cara-caranya:-
1.    Masakkan susu pekat, susu cair, air sehingga mendidih.
2.    Masukkan garam sedikit dan tepung jagung tadi. 
3.    Biarkan sejuk.
4.    Masukkan choki choki dalam plastik aiskrim. 
5.    Tuangkan bancuhan susu tadi kedalam plastik aiskrim tadi
6.    Sejukkan 

Kredit Photo: Blogammar
AISKRIM JELLY LOLLYPOP klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         5 liter air.
·         1 packet jelly (perisa ikut suka)
·         1 tin susu cair
·         4 senduk gula
·         3 jenis pewarna
Cara-caranya:-
1.    Masukkan air, jelly, susu cair & gula, kacau sehingga sebati. 
2.    Baru masak dan kacau selalu. 
3.    Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan 
4.    Isikan kedalam plastik aiskrim.
5.    Sejukkan. 

Kredit Photo: Blogammar
AISKRIM GULA APONG klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         3 liter air.
·       1 kg kelapa (buat santan) atau boleh guna santan kotak brands ayam kerana ianya pekat. 
·         700gm Gula Apong
·         2 helai Daun Pandan
Cara-caranya:-
1.    Masak air sehingga mendidih. 
2.    Masukkan gula, santan & daun pandan. 
3.    Tapiskan dan sejukkan. 
4.    Masukkan dalam plastik aiskrim. 
5.    Bekukan.

Kredit Photo: The Asian Parent

AISKRIM NUTELLA klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         Nutella
·         1 tin susu manis
·         1 tin susu cair
·         7 tin air masak
·         2 1/2 sudu tepung jagung
·         1 sudu kecik esen vanilla
·         Sedikit garam
Cara-caranya:-
1.    Masakkan air, susu manis, susu cair, tepung jagung sehingga mendidih. 
2.    Masukkan esen vanilla dan garam tadi. 
3.    Sejukkan
4.    Masukkan nutella dalam plastik aiskrim. 
5.    Bekukan.

Kredit Photo : Mummy in Pinky

AISKRIM STRAWBERRY klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         1 packet buah strawberry
·         Perisa strawberry
·         3 cawan air
·         Gula
Cara-caranya:-
1.    Kisar buah strawberry dengan air
2.    Didihkan diatas api, letak gula sehingga manis-manis buah. 
3.    Masukkan perisa strawberry. (banyak dikedai menjual bahan-bahan bakery)
4.    Sejukkan.
5.    Masukkan kedalam plastik aiskrim. 
6.    Bekukan. 

Kredit Photo: Blogammar

PERISA KACANG HIJAU klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         Kacang Hijau
·         1 liter Santan
·         2-3 cawang Gula
·         Gula Merah
·         Garam
Cara-caranya:-
1.    Kacang hijau rendam semalaman
2.    Rebus sampai empuk
3.    Air gula merah masak berasingan (tapis)
4.    Bila kacang dan empuk, masukkan air gula merah, garam dan santan. 
5.    Masak macam buat bubur kacang. 
6.    Sejukkan. 
7.    Masukkan kedalam plastik aiskrim. 
8.    Bekukan. 


PERISA BLUEBERRY YOGURT  klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         280gm yogurt tanpa lemak
·         80gm buah blueberry
·         1 1/2 sudu teh Madu
·         1 sudu teh Parutan kulit lemon
Cara-caranya:-
1.    Blenderkan yogurt, blueberry, madu dan parutan kulit lemon.
2.    Masukkan dalam plastik aiskrim.
3.    Bekukan.

Kredit Photo: Mejuez.com

AISKRIM PISANG & MADU YOGURT klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         280gm Yogurt tanpa lemak
·         90gm Pisang besar
·         1 1/2 sudu teh Madu
Cara-caranya:-
1.    Blenderkan yogurt, pisang, madu.
2.    Masukkan dalam plastik aiskrim.
3.    Bekukan

PERISA NUTELLA YOGURT klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         280gm Yogurt tanpa lemak
·         130gm Nutella
Cara-caranya:-
1.    Blenderkan yogurt, & nutella.
2.    Masukkan dalam plastik aiskrim.
3.    Bekukan.

Kredit Photo: Mejuez.com
AISKRIM MANGO & STRAWBERRY YOGURT klik untuk ke pautannya
Bahan-bahannya:-
·         280gm Yogurt tanpa lemak
·         30gm Buah strawberi segar
·         30gm Buah Mangga segar
·         1 1/2 sudu teh Madu
Cara-caranya:-
1.    Blenderkan strawberi, mangga & madu. 
2.    Masukkan dalam plastik aiskrim.
3.    Bekukan.

Previous Post Next Post