TEMPAH TEMPAT DUDUK PERCUMA AIRASIA SEKARANG!

DAPATKAN TEMPAT DUDUK PERCUMA DENGAN AIRASIA
AirAsia menawarkan 3 juta tempat duduk promosi untuk kempen sulungnya bagi tahun ini. 

Tempah dari 13 Mac 2017 (0001h GMT +8) hingga 19 Mac 2017 (2359 GMT +8) untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2017 dan 5 Jun 2018 untuk menikmati tambang dari serendah RM0* sehala ke pelbagai destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Bandar Ho Chi Minh, Phnom Penh, Miri, Bangkok, Phuket, Jakarta, Pekanbaru, Kota Bahru; dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura; dari Johor Bahru ke Kuching dan Surabaya; dan banyak lagi. 

Para tetamu yang akan terbang bersama AirAsia X akan dapat menikmati tempat duduk Premium Flatbed dari Kuala Lumpur ke Wuhan, Chongqing, Perth, Sydney dan banyak lagi destinasi dari RM699 sehala. 

Ahli AirAsia BIG akan menikmati akses awal promosi dan boleh membuat tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia atau menebus penerbangan melalui airasiabig.com dari aplikasi mudah alih AirAsia BIG yang baru dilancarkan dari 12 Mac 2017 (0001h GMT +8). 

Pemegang kad BIG Prepaid boleh membuat tempahan di airasia.com, AirAsiaGo dan AirAsia Expedia di laman web masing - masing, manakala pemegang akaun Citibank di Malaysia, BBL di Thailand dan CIMB Niaga di Indonesia akan menerima link eksklusif daripada bank masing – masing untuk membuat tempahan 24 jam lebih awal untuk promosi ini. 

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, “Kami ingin memulakan tahun ini dengan gemilang dan cara terbaik adalah dengan menawarkan tempat duduk percuma bagi para tetamu kami. Seperti biasa, ahli-ahli AirAsia BIG diberikan faedah keutamaan yang membolehkan mereka untuk menempah penerbangan 24 jam sebelum tawaran ini dibuka untuk tempahan orang ramai. Kami menggalakkan kepada sesiapa yang masih belum berdaftar sebagai ahli AirAsia BIG untuk berbuat demikian sekarang dan nikmati faedah keahlian yang ditawarkan.” 

”Kami sentiasa ikhtiar untuk menghubungkan pelancong ke pelbagai destinasi yang baru dan menarik seperti yang dilancarkan baru-baru ini ke Luang Prabang, Laos; Bhubaneswar, India; dan Honolulu, USA. Dengan kempen tempat duduk percuma ini, kami berharap para tetamu akan mangambil peluang untuk menempah lebih awal dan menikmati tawaran yang terbaik. Ini adalah salah satu cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang terbang bersama AirAsia dan meneruskan komitmen kami dalam memastikan perjalanan udara kekal berpatutan.” 

Bagi tetamu yang ingin melancong dengan segera, AirAsia juga mempunyai promosi istimewa bagi tempoh perjalanan antara 14 Mac 2017 hingga 31 Ogos 2017 yang boleh ditempah sekarang. 

AirAsia adalah peneraju di Asia dan syarikat penerbangan tambang rendah terbesar dari segi jumlah tetamu yang dibawa, dengan rangkaian lebih daripada 120 destinasi ke semua 10 negara-negara ASEAN, kawasan lain di Asia, Australia dan New Zealand dan Timur Tengah. 

AirAsia telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk lapan tahun berturut-turut dan AirAsia X telah memenangi anugerah Kabin Premium Tambang Rendah Terbaik Dunia PRESS RELEASE dan Tempat Duduk Premium terbaik Dunia bagi tahun keempat berturut-turut di Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax 2016. 

AirAsia juga dianugerahkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun keempat berturut-turut pada 2016 di World Travel Awards, di mana ia juga mengatasi pesaing-pesaing syarikat penerbangan penuh untuk menjadi syarikat tambah rendah pertama memenangi anugerah Perkhidmatan dalam penerbangan terbaik Dunia ‘World’s Leading Inflight Service’ 

Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti, sila ikuti AirAsia di Twitter AirAsia dan Facebook AirAsia

*Tambang asas untuk perjalanan sehala tidak termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tambang termasuk semua sehala dari RM14.84. 

MENGENAI KUMPULAN AIRASIA
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dan terbesar di Asia, dengan perkhidmatan rangkaian yang paling meluas dengan lebih 120 destinasi. Dalam jangka masa 15 tahun beroperasi, AirAsia telah membawa lebih 330 juta penumpang dan berkembang dari hanya dua pesawat kepada lebih 170. Syarikat penerbangan ini amat berbangga menjadi Asean tulen (Association of Southeast Asian Nations) dengan operasi yang telah dilancarkan di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, India dan Jepun, serta merangkumi seluruh Negara Asean dan seterusnya. AirAsia telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam tinjauan tahunan syarikat penerbangan dunia oleh Skytrax selama lapan tahun berturut – turut dari 2009 – 2016. AirAsia adalah syarikat penerbangan yang pertama di peringkat global untuk bekerjasama dengan pihak INTERPOL dalam melaksanakan system I-Checkit bagi menapis passport semua bakal penumpang terhadap maklumat yang terkandung di dalam pangkalan data Kecurian dan Kehilangan Dokumen Perjalanan (SLTD) badan polis dunia.
Previous Post Next Post