RTL CBS ENTERTAINMENT DAN EXTREME HD ISTIMEWA FEBRUARI INI

Dengan dua rancangan bersiri baru, RTL CBS Entertainment HD membawa lebih banyak drama sementara RTL CBS Extreme HD menawarkan gelak tawa dan aksi terkini Disember ini.
 Secara eksklusif di RTL CBS Entertainment HD
No Tomorrow
Dunia bakal berakhir dalam tempoh lapan bulan dan dua belas hari! Itupun jika anda percaya kepada Xavier, seorang lelaki manis mulut, bersemangat bebas yang telah melakukan Apocalyst – bayangan pada apa saja yang dia mahu lakukan sebelum dunia ini kaput. Xavier berkenalan dengan wanita tegas bernama Evie yang kerjayanya tidak ke mana-mana di bawah majikan yang garang. Ditakdirkan, Xavier dan Evie serta-merta tertarik. Xavier menggalakkan Evie untuk menikmati waktu ini, kerana ia lebih menyeronokkan dan juga sebab, seperti dikatakannya, waktu kiamat akan, berlaku. Dengan bantuan rakan-rakan Evie – Hank, seorang pakar teori konspirasi, dan Kareema, penihilis olok-olok – Evie perlu memutuskan sama ada Xavier ini bercakap benar dan sama ada itu bermakna, jika dia bersamanya dia perlu menikmati hidup sepuas-puas hati.

Tontoni premier No Tomorrow di RTL CBS Entertainment HD di HyppTV (Saluran 616) pada 9:30pm, 10 Februari.

Remedy
Sebuah drama perubatan yang unik dengan taruhan besar, Remedy mengisahkan tentang keluarga Conner di luar bilik pembedahan dan kecemasan bagi menawarkan perspektif jitu ‘tangga atas/bawah’ mengenai mereka yang membantu proses penyembuhan. Setiap orang yang memasuki Bethune General akan dijaga, tetapi tidak semestinya oleh orang yang mereka jangkakan. Drama bersiri ini mengisahkan pelajar tercicir daripada sekolah perubatan, Griffin Conner, anak kepada Pemangku Ketua Kakitangan Hospital Besar Bethune, Dr Allen Conner dan adik kepada Sandy, seorang jururawat ICU, dan Melissa, seorang doktor perubatan. Berikutan meninggalkan sekolah perubatan dalam cara memalukan akibat menipu preskripsi ubat, ‘Griff’ menghabiskan dua tahun seterusnya khayal di pantai Thailand. Selepas kejadian yang tidak dijangka, dia kini kembali ke Beth H sebagai porter terbaru. Bekerja di “tingkat bawah” di samping karakter pelbagai warna, Griffin memperoleh perspektif baru mengenai dunia yang dia sangka sudah fahami.

Remedy disiar pertama kali dan secara eklusif pada 6 Februari pad ajam 9.55pm di RTL CBS Entertainment HD di HyppTV (Saluran 616).

Celebrity Family Feud
Sertai keluarga-keluarga yang saling bersaing dalam Celebrity Family Feud, versi selebriti waktu perdana bagi rancangan permainan ikonik Family Feud. Dihoskan oleh pengacara rancangan permainan dan bual bicara yang meraih Anugerah Emmy, penulis, aktor, pelawak popular Steve Harvey. Setiap pasukan terdiri daripada seorang kapten selebriti dengan empat saudara atau teman bermain bersama. Pasukan selebriti yang menang akan diberi peluang meraih sehingga $25,000 untuk didermakan kepada badan kebajikan pilihan mereka. Dengan jumlah hadiah yang berbaloi dimenang, Celebrity Family Feud membawa kepada anda barisan selebriti kegemaran melakukan aktiviti yang tidak pernah anda tontoni.

Musim terbaru Celebrity Family Fuel di RTL CBS Entertainment HD di HyppTV (saluran 616) bermula pada 13 Februari jam 9pm.

The Affair Musim 3
Kisah bersambung tiga tahun selepas pengakuan bersalah Noah yang mengejutkan sewaktu perbicaraan bunuh Scott Lockhart. Noah cuba memulakan hidup baru, tetapi kesilapan keputusan lampaunya telah menghantui dirinya. Alison pula cuba membesarkan anak perempuan Joanie bersama Cole dan Luisa di Montauk, tetapi masa lampau Alison sering muncul menghantui pada masa Cole dan Luisa sedang cuba membina masa depan sendiri. Bagi Helen, hidup seakan diteruskan, tetapi di bawah permukaan kejayaan perniagaan dan kesibukan di rumah terbit ketidaktentuan mengenai teman lelakinya Vik, ketidakstabilan di kalangan anak-anaknya, dan rasa sukar menyingkir rasa bersalah. Pemenang Anugerah Golden Globe bagi Drama TV Terbaik, Maura Tierney dan Ruth Wilson membintangi siri ini.

Tontoni The Affair setiap Selasa pada jam 9:55pm di RTL CBS Entertainment HD (HyppTv Saluran 616).

Man with A Plan
Pemenang Golden Globe Award, Matt LeBlanc memegang watak Adam dalam komedi mengenai kontraktor yang mula meluangkan lebih masa dengan anak-anaknya apabila isterinya kembali bekerja dan menyedari sesuatu yang semua ibu bapa lambat laun pelajari: Anak mereka ‘gila.’ Anak praremaja, Kate, bijak memutar belit dan pada mulanya teruja apabila “Waktu Seronok Bersama Ayah” kini bermula, anak tengah Teddy seakan tidak mampu mengalihkan tangan daripada dalam seluarnya manakala si bongsu kesayangan, Emme, gusar untuk memulakan tadika di bawah penyeliaan Puan Wannamaker.

Dalam pada itu, abang Adam dan rakan perniagaan, Don, seronok berkongsi nasihat tidak berguna mengenai cara mengendalikan keluarganya. Namun, dengan galakan Andi dan nasihat daripada pasangan ibu bapa yang sama tertekan, Marie dan Lowell, Adam mula mengetuai keluarganya, menetapkan peraturan dan menyedari dia mampu melaksanakan tugasnya.

Saksikan Man with A Plan setiap Jumaat jam 9pm pertama dan eksklusif di RTL CBS Entertainment HD (HyppTv saluran 616).

Bull
Diinspirasikan oleh karier awal Dr. Phil McGraw, Michael Weatherly memegang watak Dr. Jason Bull yang radikal – pakar boneka terulung apabila dia menggabungkan psikologi, naluri manusia dan data teknologi tinggi untuk mengetahui apa yang menyentuh perasaan juri, peguam, saksi dan tertuduh. Drama kamar mahkamah yang penuh pujukan ini memfokus pada Weatherly di kala dia menyampaikan persembahan memukau yang tidak pernah dicapai sepanjang kerjayanya.

Bull disiarkan setiap Rabu pada jam 9pm pertama dan eksklusif di RTL CBS Entertainment HD (HyppTv Saluran 616).

Jangn terlepas menonton rancangan ini di RTL CBS Extreme

Guy Martin:  Fastest Man On Two Wheels?
Ini adalah kisah di sebalik cabaran kelajuan paling berbahaya dilakukan Guy Martin setakat ini: cubaan terbarunya untuk menjadi lelaki terpantas di atas dua roda untuk memecah Motorcycle Land Speed Record. Rekod sedia ada pada 376mph, dan untuk mengatasinya Guy perlu menguasai sejenis mesin istimewa. Program ini mengikuti Guy pada setiap langkah projek ini, daripada temuduga kerja di Portland, Oregon hingga ke tempat yang dikatakan “lokasi paling laju di Bumi” – Bonneville Salt Flats di Nevada yang ikonik, di mana lelaki berani ini perlu belajar menunggang sekali lagi menggunakan roda latihan penstabil. Dengan keadaan pada garam berubah lebih buruk hingga menyebabkan dua kemalangan profil tinggi, tetapi ianya tidak mematahkan semangat Guy daripada impian utamanya untuk menjadi lelaki pertama yang pernah melakukan 400mph atas sebuah motosikal.

Guy Martin:  Fastest Man On Two Wheels? Hadir di kaca televisyen anda pada satu malam istimewa pada 25 Februari pada jam 840pm di RTL CBS Extreme HD (HyppTv Saluran 617).

Fail Army Musim 3
Fail Army kembali dan membawa anda lebih banyak kegagalan terbaik dan paling kelakar yang Internet boleh tawarkan! Daripada kesilapan kecil hinggalah ke bencana, rekrut Fail Army terbaru akan membuat seluruh keluarga anda gelak besar, yang hanya Fail Army boleh lakukan.

Bersiap sedia untuk ketawa besar dengan Fail Army Musim 3 menerusi episod premier pada 6 February dan tontoni episode yang lain dari Isnin ke Jumaat pada jam 9:30pm hanya di RTL CBS Extreme HD (HyppTv saluran 617).

Valentine’s Day Special:  Love Knows No Fear
Teman. Kekasih. Pasangan. Suami dan Isteri. Sebuah Hari Kekasih yang lain daripada biasa. Yang terbaik dalam Fear Factor memaparkan pasukan berpasangan terdiam, menyumpah, menendang, menjerit dan menggelitik bila melakukan aksi untuk memenangi wang tunai!

Jangan terlepas menonton Valentine’s Day Special:  Love Knows No Fear on the V-Day, 14 Februari pada jam 2:20pm hanya di RTL CBS Extreme HD (HyppTv Saluran 617).


Previous Post Next Post