Breaking News

DUTCH LADY MALAYSIA MEWUJUDKAN MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK

Tinjauan menunjukkan bahawa kempen Drink.Move.Be Strong berjaya memupuk tabiat amalan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif di kalangan murid-murid sekolah

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) mengumumkan tahun yang produktif dalam mendidik dan mendorong generasi muda Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat menerusi kempennya, Drink.Move.Be Strong (DMBS), yang disasarkan kepada kanak-kanak yang bersekolah, dari tahap tadika sehinggalah ke tahap sekolah menengah. 

Pada tahun 2017, beberapa siri program dan kerjasama telah dijalankan di bawah kempen DBMS seperti Jr. NBA Malaysia, Anugerah 3K, Program Susu 1Malaysia (PS1M) dan lawatan ke tadika, bagi  memupuk gaya hidup sihat dengan menggabungkan amalan meminum susu dan mengekalkan fizikal yang aktif . Melalui kerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan , Dutch Lady Malaysia mengadakan aktiviti belajar sambil berhibur, seperti ceramah pemakanan bernutrisi untuk mendidik kanak-kanak sekolah tentang kepentingan meminum susu dan cara membuat pilihan makanan dan minuman yang sihat.

Aktiviti di luar kelas juga diadakan untuk menggalakkan kanak-kanak sekolah untuk meluangkan masa sekurang-kurang satu jam setiap hari untuk senaman agar mereka lebih aktif dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut Cik Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, program DMBS syarikat tersebut diperkenalkan bagi menangani masalah nutrisi kanak-kanak Malaysia. South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) mendedahkan bahawa 1 daripada 20 orang kanak-kanak Malaysia mengalami kurang berat badan; 1 daripada 5  orang kanak-kanak terlebih berat badan atau obes, dan hampir separuh daripada kanak-kanak di Malaysia tidak mencapai tahap Saranan Pengambilan Nutrisi  [Recommended Nutrition Intake (RNI)] bagi pengambilan kalsium dan Vitamin D.1 Di samping itu,  kanak-kanak sekolah berumur  7 hingga 12 tahun dilaporkan  mengalami kadar aktiviti fizikal yang rendah.2
“Di Dutch Lady Malaysia,  kami  sentiasa menyokong inisiatif yang membantu meningkatkan kesihatan dan  kesejahteraan  generasi masa hadapan. Ini sebabnya mengapa kami sentiasa melibatkan diri dalam  aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang memberi manfaat kepada kanak-kanak. Antara penglibatan kami dalam program penting  yang kami banggakan adalah menerusi kempen Drink.Move.Be Strong ini,” kata Chooi Lee.
“Bagi kami, aspek paling bermakna dalam kempen ini adalah melihat kanak-kanak sekolah lebih arif dalam membuat keputusan gaya hidup yang lebih sihat setelah terlibat dalam acara yang kami anjurkan. Kami memimpin dengan  contoh teladan yang baik, menerusi usaha kami dalam menyampaikan mesej kepentingan amalan minum susu dan kekal aktif,” tegasnya  lagi. 

Berdasarkan maklum balas daripada murid-murid yang terlibat dalam aktiviti DMBS kami menerusi Anugerah 3K, program  kerjasama Kementerian Pendidikan, impak positif hasil  kempen tersebut adalah:
·         98% daripada pelajar akan mengamalkan gaya hidup aktif, sihat, dan bernutrisi3;
·         96% daripada pelajar memahami kebaikan meminum susu;3; dan
·         93% daripada pelajar akan memulakan tabiat meminum susu3.
Inisiatif DMBS tahun ini menghasilkan capaian terbaik, dengan  penglibatan sejumlah  254,435 orang kanak-kanak sekolah di serata Malaysia – peningkatan empat kali ganda berbanding tahun 2016.

Dengan pertambahan rancangan akan datang yang sedang dijalankan , Dutch Lady Malaysia berharap dapat terus mempromosikan kebaikan susu kepada kanak-kanak sekolah menerusi kempen Drink.Move.Be Strong bagi tahun-tahun yang mendatang

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Drink.Move.Be Strong, sila layari laman sesawang rasmi Dutch Lady Malaysia di www.dutchlady.com.my.

Rujukan:
1 & 2    Status Nutrisi dan pengambilan diet bagi kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun: Dapatan Nutrisi  Kajian Kanak-Kanak Malaysia
           (SEANUTS Malaysia), British Journal of Nutrition (2013), 110, S21–S35.
3          Tinjauan aktiviti DMBS di sekolah ke atas 200 kanak-kanak di Lembah Klang oleh agensi dilantik Dutch Lady Malaysia.

Dutch Lady Milk Industries Berhad Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) ialah syarikat tenusu terkemuka di Malaysia. Ia dimiliki oleh salah satu syarikat koperasi tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina NV, syarikat tenusu multinasional Belanda.

Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan yang pertama untuk memperkenalkan Susu Tepung Formula untuk Kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport, dengan semua produk mempunyai pengikut yang ramai bagi jenama seperti Dutch Lady dan Friso Gold.

Melalui kerjasama unik antara FrieslandCampina dan empat pasukan/universiti penyelidikan antarabangsa, Kajian Pemakanan Asia Tenggara (Seanuts) telah ditugaskan untuk mengkaji status nutrisi dan kekurangannya didapati wujud pada kanak-kanak Asia Tenggara berumur sehingga 12 tahun.

Royal FrieslandCampina Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan makanan yang kaya dengan nutrien berharga kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan pendapatan tahunan sebanyak 11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan satu daripada lima syarikat tenusu terbesar di dunia, membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap kepada industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A, dengan 19,244 ahli petani tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium- menjadikannya salah satu koperasi tenusu terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut sila layari: www.frieslandcampina.com.

No comments

Please leave your comment.