PROJEK KHAS DUTCH LADY: DRINK.MOVE.BE STRONG

DRINK.MOVE.BE STRONG
Tahun 2017 mencatat rekod baru dalam kerjasama antara Dutch Lady Malaysia dan Kementerian Pendidikan apabila buat julung kalinya,program Anugerah 3K mencapai peningkatan 4.0 kali ganda bagi jumlah penyertaan sekolah serta penglibatan khusus syarikat tenusu Dutch Lady Malaysia dalam program Anugerah 3K yang dinamakan semula sebagai Projek Khas Drink.Move.Be Strongyang merupakaninisiatif Dutch Lady Malaysia dalam mencegah dan menangani penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease, NCD) di kalangan generasi muda.

Anugerah 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan) merupakan program anugerah kebangsaan tahunan yang memberi pengiktirafan kepada sekolah rendah dan menengah dalam usaha mereka meningkatkan persekitaran sekolah berdasarkan tiga aspek utama – kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Dutch Lady Malaysia merupakan penaja utama keseluruhan program Anugerah 3K sejak 2015. Peningkatan penyertaan tahun ini merupakan lanjutanpengaktifan program di peringkat negeri,di mana sekolah-sekolah bersaing di peringkat negeri dan seterusnya pemenang negeri yang layak dipilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan.
Pelajar SMK Puteri Ampang menunjukkan bagaimana 
untuk 'Move’' i.e. program berseman di sekolahmereka
Bagi kawasan lembah Klang, SK Kampong Medan dan SMK Kota Kemuning muncul juara bagi kategori Anugerah 3K di Selangor; SK Putrajaya Presint 9 (2) dan SMK Putrajaya Presint 14 (1) memenangi tempat pertama bagi  kategori yang sama di Putrajaya; Manakala SK Taman Koperasi dan SMK Puteri Ampang menjadi juara Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur. SMK Puteri Ampang juga merupakan johan negeri bagi kategori Drink dan Move, manakala SMK Sinar Bintang berjaya memenangi kategori Be Strong.

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Cik Saw Chooi Lee berkata bahawa Drink.Move.Be Strong merupakan kempen kesihatan yang menyokong pengambilan khasiat susu sebanyak dua gelas sehari dan meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam untuk melakukan aktiviti fizikal. “Kami berbesar hati dan berbangga dapat bekerjasama dengan kementerian sejak 2015dalam memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar sekolah dan kami berasa gembira dapat meneruskan tangggungjawab sosial korporat kami dalam menangani isu penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease, NCD) di kalangan generasi muda menerusi penglibatan khusus dalam Projek Khas Drink.Move.Be Strong,” tambahnya.

Ketika menjelaskan pendekatan yang diambil Projek Khas Drink.Move.Be Strong yang merangkumi ceramah nutrisi dan aktiviti fizikal luar kelas di sekolah, Saw berkata: “Matlamat kami dalam projek ini adalah untuk mendidik dan memupuk amalan pemakanan sihat dan gaya hidup yang aktif di kalangan generasi muda Malaysia. Ini akan membantu membina generasi yang lebih kuat dan lebih sihat.

Saw menambah bahawa pemakanan yang kurangbernutrisi  dan kekurangan aktiviti fizikal di kalangan kanak-kanak Malaysia merupakan faktor utama bagi risiko penyakit tidak  berjangkit (non-communicable diseases, NCD). Kempen Drink.Move.Be Strong diadakan untuk  membantu menangani isu pemakanan kanak-kanak di Malaysia hasil daripada dapatan  kajianSouth East Asian Nutrition Survey (SEANUTS). Kajian tersebut mendapati satu daripada lima orang kanak-kanak yang dikaji mengalami berat badan berlebihan atau obes; dan hampir separuh daripada kanak-kanak mengalami kekurangan kalsium dan vitamin D. Kajian turut melaporkan bahawa sebahagian besar kanak-kanak di usia persekolahan kurang melakukan aktiviti fizikal. Oleh yang demikian, terdapat keperluan khusus untuk menyediakan nutrisi dan amalan pemakanan yang lebih baik, serta membantu meningkatkan kekerapan aktiviti fizikal di kalangan kanak-kanak Malaysia sebagai satu usaha untuk mengurangkan berlakunya penyakit tidak berjangkit (NCD). 

“Sebagai peneraju industri tenusu di Malaysia, kami bertanggungjawab menyokong agenda pendidikan kerajaan dalam membantu mereka menghasilkan generasi anak-anak yang cemerlang demi masa depan negara. Kami berupaya melakukannya melalui Anugerah 3K. Sepanjang 4 tahun yang lalu, kami telah melibatkan sebanyak 2,245 buah sekolah dan seramai 178,250 orang pelajar menyertai  ceramah nutrisi  dan mengambil bahagian secara aktif di dalam program aktiviti fizikal Dutch Lady Drink.Move.Be Strong di sekolah-sekolah seluruh negara. Pendekatan sebegini adalah penting dalam memupuk keseimbangan antara amalan pemakanan nutrisi dan aktiviti fizikal kerana pelajar-pelajar yang mengambil nutrisi  baikkebiasaannya tidak melangkau waktu sarapan mereka, dan mereka selalunya lebih cemerlang dan mempunyai pencapaian yang bagus di sekolah.”

Menyentuh tentang peningkatan positif penyertaan sekolah-sekolah pada tahun ini, Timbalan Menteri Pendidikan I, YB Dato’ P. Kamalanathan berkata bahawa beliau amat sukacita menyaksikan peningkatan ketara bagi penyertaan sekolah-sekolah berbanding tahun lepas, daripada 51 buah sekolah kepada 200 buah sekolah.

Beliau berkata peningkatan ini hasil daripada keputusan untuk memulakan aktiviti program lebih awal pada bulan Mac di peringkat negeri. 

“Dengan mencipta momentum sebelum memasuki peringkat kebangsaan yang bermula pada separuh kedua tahun ini, lebih banyak kesedaran tentang kepentingan program Anugerah 3K dan projek Khas Dutch Lady Drink.Move.Be Strong dapat dicapai. Ini telah menggalakkan lebih banyak lagi penyertaan dari seluruh pelosok negara” tambah Dato’ P. Kamalanathan lagi.

“Kami berbangga dengan pencapaian kami dalam program 3K dan Projek Drink.Move.Be Strong,” kata Zahariah Binti Abdul Halim, pengetua SMK Puteri Ampang, salah satu juara peringkat negeri bagi program 3K dan projek khas Dutch Lady Drink.Move.Be Strong. 

“Penyertaan kami memberi pelajar kami peluang untuk menambahbaik dan menimba pengetahuan yang lebih mendalam mengenai persekitaran sekolah dan kebaikan  amalan minum susu sebagai salah satu manfaat utama ke arah gaya hidup sihat,” sambung Zahariah.
(Selepas aktiviti fizikal, pelajar SMK Puteri Ampang 
minum susu untuk tulang yang kuat serta kebaikan nutrisi yang lain.)
“Kami mengadakan pelbagai aktiviti dan acara untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan pelajar sekolah kami, seperti mengatur ceramah, aktiviti ko-kurikulum, dan juga mengundang personaliti terkenal untuk memberikan kata-kata perangsang bagi menyokong usaha kami dalam mendidik dan memupuk amalan-amalan sihat seimbang dengan pengambilan nutrisi baik beserta aktiviti fizikal.”

Pengaktifan programAnugerah 3K dan projek Khas Dutch Lady Drink.Move.Be Strong peringkat negeri berlangsung pada Mac hingga Mei 2017 manakala majlis penyampaian hadiah di setiap negeri dilakukan selepas bulan Mei. Sekolah-sekolah pemenang peringkat negeri kemudian layak bertanding di peringkat kebangsaan di mana keputusan akhir bakal diumumkan pada 30 Oktober2017.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Dutch Lady Drink.Move.Be Strong, sila layari www.dutchlady.com.my.

Dutch Lady Milk Industries Berhad Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) ialah syarikat tenusu terkemuka di Malaysia. Ia dimiliki oleh salah satu syarikat koperasi tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina NV, syarikat tenusu multinasional Belanda.

Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan yang pertama untuk memperkenalkan Susu Tepung Formula untuk Kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport, dengan semua produk mempunyai pengikut yang ramai bagi jenama seperti Dutch Lady dan Friso Gold.

Melalui kerjasama unik antara Friesland Campina dan empat pasukan/universiti penyelidikan antarabangsa, Kajian Pemakanan Asia Tenggara (Seanuts) telah ditugaskan untuk mengkaji status nutrisi dan kekurangannya didapati wujud pada kanak-kanak Asia Tenggara sehingga berumur 12 tahun.

Royal Friesland Campina Setiap hari, Royal Friesland Campina membekalkan makanan yang kaya dengan nutrien berharga kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan pendapatan tahunan sebanyak 11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan satu daripada lima syarikat tenusu terbesar di dunia, membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap kepada industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A, dengan 19.244 ahli petani tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium- menjadikannya salah satu koperasi tenusu terbesar di dunia. Untuk maklumat lanjut sila layari: www.frieslandcampina.com.

Previous Post Next Post