16 September 2017

SENTIASA TAMPIL DENGAN WANGIAN HEBAT DI MANA SAHAJA! BERSAMA DASHING

KHAS UNTUK LELAKI!
Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari. 

“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki, etapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “factor tarikan” untuk enonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.”

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki  yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah dibawa kemana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki-  iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati. ”tambah Mr. Venkat. "Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa didalam poket anda”




Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa ini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.
1. COOL
  • Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direkakhas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

2.  ACTIVE
  • Khas untuk sijejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

3.  ULTIMATE KICK
  • Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

4.  HATTRICK
  • Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.
Dijual pada harga RM 7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi diseluruh Malaysia.


Tentang WIPRO UNZA
Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan Diri dan produk isi rumah dipasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama keseluruh 50 wilayah didalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN. Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk pengguna Asia.

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments:

Please leave your comment.