MUDAH PROPERTY SEDIA MENJADI PLATFORM HARTANAH NO.1 DI MALAYSIA

LebihEazy Peazy untuk mencari, membaiki
dan melengkapkan kediaman dengan Mudah.my!
Mudah.my Sdn Bhd, platform pemasaran dalam talian terbesar di Malaysia bertekad untuk menjadi peneraju portal hartanah di Malaysia menerusi penggunaan Big Datauntukmenyenangkan rakyat Malaysia dalam memenuhi semua keperluan hartanah mereka, sama ada mencari, membaiki ataumelengkapi kediaman dengan Mudah.my!

“Sejak satu dekad yang lalu, Mudah.my telah menjadi portal pemasaran paling komprehensif di Malaysia khususnya dalam memenuhi kehendak dan keperluan harian kita. Dari bidang automobilke elektronik, peralatan rumah ke harta benda, barangan permainan dan barangan koleksi, mudah.my merupakan platform terbesar pilihan rakyat Malaysia untuk mendapatkan barangan terpakai. Mudah.my merupakan destinasi utama bagi pelbagai kategori seperti kenderaan dan kami turut menyaksikan peningkatan minat pengguna terhadappenyelesaian  hartanah di platform kami. Persekitaran ekonomi semasa memaparkanrakyat Malaysia mencari kediaman pada harga yang berpatutan. Penghijrahan golongan belia ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ataubekerja juga telah membuka peluang yang cukup besar kepada kami untukmembantu mereka membeli rumah atau mencari rumah sewa. Pada masa sama, kami juga membantu pemilik untuk menjual atau menyewa rumah mereka.” kataEncik Gaurav Bhasin, Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my Sdn Bhd.
Menurut data yang diperolehi daripada comScore, firma pengukur platform silang terkemuka, pada bulan Mei 2017, 801,000 pengguna di Malaysia melayari Mudah.my menerusi komputer di rumah dan pejabat atau peranti mudah alih. Secara keseluruhannya, tempoh masa yang diambil oleh pengguna untuk melayari Mudah.my pada bulan Mei 2017 adalah selama 33 juta minit.
Mudah Property membantu pengguna untuk menyelidik, mencari mahupun menjual rumah mereka dengan cara mempamerkan beribu-ribu senarai hartanah terkini berserta harga pasaran semasa di seluruh negara. Penggunaan teknologi seperti “Carian dengan Satu Klik” (One-Click-Search) memudahkan carian pengguna melalui proses penapisan manakala Big Data menampilkan cadangan yang berkaitan.

Mudah Property mempunyai lebih 290,000 senarai hartanah untuk dijual atau disewa menjadikannya lebih mudah untuk rakyat Malaysia mencari rumah impian mereka. Mudah Propertymenawarkan rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan hartanah pada harga pasaran semasa yang membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih baik.

Di samping itu, pengguna juga boleh mendapatkan perkhidmatan membaiki atau mengubah suai rumah mereka dengan tawaran hebat. Buat masa ini, mudah.mymempunyai lebih daripada 170,000 barangan yangdisenaraikan di bawah kategori kediaman (perabot, katil, kelengkapan mandian dan peralatan dapur) dan digabungkan dengan lebih 10,000 barangandisenaraikan di bawah kategori TV dan audio serta lebih 60,000 perkhidmatanyang disenaraikan (termasuk penghawa dingin, pembaikan paip dan kerja ubah suai). Kepelbagaian senarai produk dan perkhidmatan yang disediakanoleh Mudah menunjukkan bahawa mereka bukan sekadar sebuah platform untuk membeli atau menjual hartanah, tetapi juga menawarkan penyelesaian kediaman secara lengkap dan holistik.

Mudah Property tidak hanya memberi tumpuan kepada bilangan senarai yang dimilikinya malah ia menawarkan pengguna dengan senarai berkualiti melalui proses pengesahan dan semakan yang ketat bagi mengelakkan duplikasi dan mempamerkan senarai ejen yang sah. Selain itu, kesemua senarai hartanah di Mudah Property mempunyai tempoh tamat 60 hari. Ini membolehkan rakyat Malaysia melayari senarai lengkap hartanah yang relevan dan terkini di pasaran.
Bagi memberi inspirasi kepada pemilik rumah pertama dan graduan yang baru menamatkan pengajian untuk mencari kediaman impian mereka dengan senang, Mudah.my berkolaborasi dengan artis pujaan ramai, Ayda Jebat dengan lagu yang digubah secara eksklusif untuk Mudah.myyang bertajuk Eazy Peazy. Lagu ini menceritakan tentang kesenangan penggunaanMudah Propertydalam kehidupanseharian kita. Muzik videoEazy Peazyjuga menonjolkan suasana yang selesa dan mudah untuk mencari rumah dan kejiranan yang sesuai bersama perabot serta aksesori yang ideal, semuanya di Mudah.my.
"Membeli atau menyewa sbuah rumah adalah salah satu keputusan penting yang dibuat oleh seseorang dalam kehidupan mereka. Dengan Eazy Peazy, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada pemilik rumah dan para graduan yang baru pertama kalinya membeli rumah tentang kepelbagaian cara untuk mereka membina rumah dan menjadikan Eazy Peazy sebagai lagu tema semasa mencari rumah impian mereka,” kata Cik Caressa Cheng, Ketua Mudah Property. “Kesimpulannya, sama ada anda berpindah untuk melanjutkan pelajaran, mendapat kerja baru, faktor keluarga, atau ingin tinggal berhampiran dengan hab pengangkutan awam, Mudah.my mempunyai semua jawapan yang anda perlukan.”
Kerjasama di antara Mudah.my dengan Ayda Jebat sememangnya serasi memandangkan penyanyi itu merupakan peminat laman web tersebut.
“Semenjak saya diperkenalkan kepada Mudah.my oleh abang saya, saya terpesona dengan jumlah barangan yang disenaraikan di platform ini. Dari pakaian ke kereta, gitar ke set golf, telefon ke hartanah, saya boleh mencari segala-galanya secara dalam talian dengan mudah. Apabila saya ditawarkan peluang bekerjasama dengan Mudah.my untuk menjayakan kempen ini, saya berasa amat teruja. Apayang paling saya suka tentang Mudah.my ialah ia menyenangkan saya membuat perbandingan, jadi saya boleh memilih barang kesukaan mengikut bajet saya!” ujar Cik Ayda Jebat. “Sesiapa yang pernah melalui proses mencari rumah tentu tahu bagaimana proses tersebut boleh membuatkan kita tertekan. Tiada cara yang lebih baik untuk menghilangkan tekanan itu selain dari mendapatkan ilham melalui muzik dan Mudah.my."

Dari membeli, menjual,menyewa, melengkapkan keperluan hartanah, mencari penyelesaian membaiki rumah atau perabot – semuanya ada di Mudah.my, sebuah platform pemasaran sehenti dalam talian untuk apa jua perkara berkaitan hartanah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mudah.my hari ini dan jadikan hidup anda Eazy Peazy!


Mengenai Mudah.my Sdn Bhd
Mudah.my Sdn Bhd merupakan peneraju portal pemasaran di Malaysia yang menawarkan platform percuma dan mudah kepada pengguna untuk membeli dan menjual pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan hanya dengan menghantar iklan ringkas. Dilancarkan pada bulan November 2007, Mudah.my kini mempunyai 58 kategori barangan dan perkhidmatan merangkumi kenderaan, elektronik, perkakasan rumah, hartanah, barangan permainan, pekerjaan dan perkhidmatan. Semua Pun Mudah.
Mudah.my mempunyai seramai 130 warga kerja dan dimiliki oleh Telenor ASA (OTCMKTS:TELNY).
Mengenai comScore, Inc

ComScore (NASDAQ: SCOR) ialah sebuah firma pengukur digital platform silang yang mengukur pengguna, jenama dan tingkah laku pengguna dengan tepat di mana-mana sahaja. ComScore merupakan pengukur rasmi untuk penggunaan Internet secara meluas oleh pengguna di Malaysia yang dilantik oleh Persatuan Digital Malaysia (MDA), badan perwakilan penerbit dalam talian, agensi pengiklanan dan penyedia perkhidmatan digital di Malaysia.
Previous Post Next Post