24 July 2017

HYPPTV MEMBAWAKAN INTERNATIONAL CHAMPIONS CUP 2017 BUAT PENONTON DI MALAYSIA

Peminat sukan bola sepak di Malaysia boleh menikmati aksi sukan tanpa henti secara eksklusif di HyppSports 3 HD, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV hari ini mengumumkan bahawa International Champions Cup 2017 (ICC2017) akan dipancarkan secara langsung dan eksklusif di Malaysia menerusi saluran HyppSports 3 HD (HyppTV Saluran 703) bermula 18 Julai sehingga 6 Ogos 2017. Kesemua perlawanan tersebut juga boleh ditonton pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.
ICC, diasaskan oleh Relevent Sports, merupakan perlawanan persahabatan pertunjukan tahunan antara kelab-kelab bola sepak yang kebanyakannya menampilkan pasukan dari kelab Eropah yang bermain di Amerika Syarikat serta Kanada, dan kemudian pada tahun 2015 dengan diperluaskan lagi ke China dan Australia. Tahun ini, tiga (3) pasukan – FC Bayern Munich, Chelsea FC dan FC Internazionale – akan berentap di Singapura.

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, berkata, “Kami sedia maklum bahawa rakyat Malaysia amat berminat dengan sukan bola sepak, dan tiada cara yang lebih baik untuk mendekati para penonton kami selain menerusi pengalaman tontonan aksi bola sepak secara eksklusif, hanya di HyppTV. Selain tayangan secara langsung, kami akan membawakan pengalaman berbeza dengan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti menyeronokkan para peminat bola sepak!”

Untuk meraikan tayangan eksklusif, aksi sukan secara langsung tersebut, HyppTV akan menganjurkan beberapa acara tontonan berserta pelbagai permainan menarik seperti berikut:

TARIKH
MASA
PERLAWANAN
LOKASI
19 Julai
7.20 malam
FC Bayern Munich menentang Arsenal
NZ Curry House, Wangsa Maju, KL

25 Julai
7.30 malam
Chelsea FC menentang FC Bayern Munich
Restoran Hakim di Seksyen 7,
Shah Alam
29 Julai
7.30 malam
Chelsea FC menentang FC Internazionale
Restoran Hakim di Seksyen 7,
Shah Alam

Semua peminat fanatik bola sepak dialu-alukan untuk datang ke sesi tontonan itu dan bersorak untuk pasukan kegemaran anda sambil mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti yang menyeronokkan untuk memenangi barangan eksklusif, dibawakan kepada anda oleh HyppTV.

Untuk menambah lagi keseronokan ini, HyppTV telahpun mengadakan peraduan secara eksklusif buat pelanggan Jumbo Pack, Sports Pack atau HyppSports untuk memenangi hadiah 'ICC2017 Bus-Away', yang merupakan perjalanan ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan Chelsea FC menentang FC Internazionale secara langsung di Stadium Nasional Singapura pada 29 Julai 2017. 10 pemenang bertuah akan berpeluang untuk menikmati aksi perlawanan tersebut bersama wakil-wakil media serta selebriti HyppTV seperti Putra Amaris, Ain Edruce dan Nazrief Nazri.

Keseronokan berganda bersama HyppTV Carnival
Dalam pengumuman menarik yang lain, HyppTV Carnival 2017, sebuah acara yang menarik dan penuh dengan keseronokan telah diadakan di Sunway Pyramid selama lima (5) hari bermula dari 19 Julai hingga 23 Julai 2017. Pada acara karnival tersebut, pengunjung dapat menikmati kandungan hiburan bertaraf antarabangsa di HyppTV dan pelbagai penawaran lain, serta aktiviti pentas, permainan di tapak-tapak pameran dan banyak lagi aktiviti menarik lain termasuklah penampilan watak-watak kartun kegemaran seperti King Julien, Puss In Boots daripada Dreamwoks Channel dan Mr. Bean daripada Boomerang Channel. Terdapat juga penampilan istimewa maskot Sukan SEA KL2017, iaitu Rimau!

Peminat siri drama di HyppSensasi juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama barisan selebriti HyppTV seperti Syazwan Zulkifly dan Tasha Shila daripada drama bersiri ‘Sedingin Cinta Antasya’, pelakon daripada Indonesia, Guntur Triyoga, artis tempatan, Ieda Moin dan Azar Azmi daripada drama bersiri di ‘Mr. Delicious’ serta Fadlan Hazim dan Aisya Hasnaa dari drama bersiri ‘Encik Ustaz’ yang ditayangkan di Salam HD bersama-sama dengan Nazrief Nazri. HyppTV Carnival di Sunway Pyramid dianjurkan dengan kerjasama rakan rasmi seperti Sunway Pyramid (rakan lokasi), Canon (rakan detik indah) dan Sharp (rakan acara)

HyppTV Carnival 2017 seterusnya akan menjelajah ke Johor Bahru bermula 24 sehingga 29 Oktober 2017 sebelum mengakhiri siri jelajah tahun ini di lokasi terakhirnya pada 28 November sehingga 3 Disember 2017 di Lembah Klang.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 108 saluran dengan 57 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) - yang terdiri daripada 54 saluran premium, 25 saluran percuma, 2 saluran Radio, 7 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Setakat ini, HyppTV mempunyai sebanyak 1.6 juta pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

Mengenai HyppTV
HyppTV, perkhidmatan penstriman TV & Video yang pernah menerima Anugerah kini boleh ditonton menerusi pelbagai platform di seluruh negara. Perkhidmatan ini boleh dinikmati oleh para pelanggan TM dan seluruh masyarakat menerusi sebarang rangkaian dengan aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. HyppTV didatangkan sebahagian daripada perkhidmatan “quad-play” TM, UniFi melalui UniFi Pro Plan dengan pengalaman tanpa tandingan berkepantasan sehingga 100Mbps pada harga minimum RM329 sebulan, dan UniFi Advance Plan yang memberikan pilihan pakej dengan nilai hebat berkepantasan sehingga 50Mbps, bermula RM199 sebulan.

Aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere boleh dimuat turun menerusi Android Play Store atau Apple App Store. Kini anda boleh menonton program-program HyppTV kegemaran anda menerusi telefon pintar, TV pintar, tablet mahupun komputer peribadi di mana-mana sahaja dengan apa juga rangkaian. HyppTV boleh ditonton pada bila-bila masa tanpa mengira cuaca dengan ciri-ciri ulangan siaran selama 14 hari dan fungsi time-shift selama 2 jam atau menerusi Hypp Play, saluran Video-On- Demand yang menawarkan siri kandungan HyppTV untuk tontonan santai. HyppTV turut boleh didapati oleh pelanggan UniFi dan jalur lebar perniagaan termasuklah di hotel.

HyppTV menyediakan pelbagai pilihan kandungan bertaraf antabangsa yang mampu dimiliki, tanpa gangguan cuaca. Perkhidmatan ini pernah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini termasuklah Best Component or Enabler di majlis anugerah TV Connect Industry Awards 2014 (sebelum ini dikenali sebagai IP&TV Industry Awards) di London. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut perkhidmatan tersebut diiktiraf di peringkat antarabangsa di mana sebelum ini HyppTV telah dianugerahkan sebagai Best Online TV Service or Solution pada majlis anugerah yang sama pada tahun 2013. Dengan penganugerahan berkenaan, HyppTV mencipta sejarah menjadi perkhidmatan IPTV pertama di Malaysia yang memenangi anugerah pada acara berprestij tersebut yang mengiktiraf, menganugerah dan meraikan inovasi, kecemerlangan dan pencapaian dalam industri Connected Entertainment.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 108 saluran dengan 57saluran dalam Definisi Tinggi (HD) - yang terdiri daripada 54 saluran premium, 25 saluran percuma, 2 saluran Radio, 7 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih daripada 1.4 juta pelanggan.


Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube  (Youtube).
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments:

Please leave your comment.