GUARDIAN MELANCARKAN RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN KULIT & RAMBUT BOTANECO GARDEN BABY

Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal YANG merangkumi produk cucian dari rambut hingga ke hujung kaki, losyen bayi dan krim muka dan badan bayi, menggunakan gabungan unik Ekstrak Kamomil organik untuk melegakan kulit serta oatmeal koloidal bagi membantu melindungi lapisan kulit. Manakala minyak zaitun yang ‘eco-certified’ pula berfungsi melembabkan kulit dan rambut.  
Lembut Terhadap Kulit Bayi

GUARDIAN, gedung farmasi juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, memperkenalkan rangkaian produk Botaneco Garden Baby bagi memperluaskan rangkaian Botaneco Garden - produk-produk yang menggunakan kandungan dari sumber alam semula jadi, demi perlindungan yang terbaik untuk si kecil.

Setiap rangkaian produk Botaneco Garden Baby menggunakan bahan-bahan terpilih seperti Estrak Kamomil organik serta Oatmeal Kolodial organik dan juga minyak zaitun yang disahkan eko atau “eco-certified” yang sesuai untuk kulit bayi.

Rangkaian produk ini mengandungi beberapa kandungan organik dan telah diuji dan terbukti dari segi dermatologi. Formulasi produk Botaneco Garden Baby juga bebas daripada ‘parabens’, silikon, SLS, SLES, pewarna, lanolin dan DEA, justeru memberi ketenangan minda kepada ibu bapa kerana bayi akan mendapat layanan yang lembut dan bersih sejak hari pertama lagi.

Ditawarkan pada harga yang berpatutan, Botaneco Garden Baby membawakan produk rambut dan penjagaan kulit berkualiti yang mampu dibeli oleh lebih ramai pengguna.

Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal menggunakan gabungan unik Ekstrak Kamomil organik untuk melegakan kulit serta oatmeal koloidal bagi membantu melindungi lapisan kulit. Manakala minyak zaitun yang ‘eco-certified’ pula berfungsi melembabkan kulit dan rambut. Ia merangkumi produk cucian dari rambut hingga ke hujung kaki, losyen bayi dan krim muka dan badan bayi.

Keseluruhan rangkaian produk ini diformulasi dan dihasilkan di Australia.

Ekstrak Kamomil merupakan satu bahan popular dalam aromaterapi dan penjagaan kulit, yang juga boleh melegakan kulit.

Oatmeal koloidal memiliki kandungan kanji dan beta-glucan yang menjadikannya bersifat pelindung kulit dan menyimpan air. Ia juga mengandungi anti-oksidan dan kewujudan saponin di dalam oat menjadikannya satu agen pembersih, pelembab, penampan, selain memberi kelegaan.
HEAD TO TOE WASH
HAND & BODY CREAM
HYPOALLERGENIC


BODY LOTION

Minyak zaitun padat dengan anti-oksidan seperti squalene yang terkenal dengan manfaatnya untuk membantu melindungi dan melembapkan kulit. Kandungan perapi dalam minyak zaitun membantu melembabkan kulit kepala serta kulit.

Pengarah Jenama Korporat, Kesihatan & Kecantikan The Dairy Farm Company, Puan Segolene Defline berkata, “Botaneco Garden Baby Chamomile & Oatmeal meneruskan standard tinggi yang telah ditetapkan oleh rangkaian produk utama Botaneco Garden. Kami ingin menggembirakan para pengguna si kecil kami agar kulit dan rambut mereka terjaga sejak awal lagi. Pada masa sama, kami menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang mampu milik kepada golongan ibu bapa demi manfaat anak-anak mereka.”

Harga* dan cara mendapatkannya
Berikan si kecil anda rangkaian produk penjagaan rambut serta kulit yang terbaik dengan Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal. Ia boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian di seluruh negara dan e-stor: https://online.guardian.com.my. Harga bermula daripada RM22.90 hingga RM31.90.

Mengenai Guardian Malaysia
Bermula sebagai kedai menjual produk farmaseutikal seluas 200 kaki persegi yang memberi khidmat kepada komuniti ekspatriat, ia kemudian bertukar menjadi peneraju rantaian jualan runcit Farmasi, Kesihatan dan Kecantikan di Malaysia, Guardian kini mempunyai lebih dari 420 buah kedai. Ia menawarkan pelbagai produk dan servis berkualiti Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih 31 juta consumer di seluruh negara.

Komitmen Guardian terhadap keperluan para pelanggannya turut diserlahkan melalui pasukan ahli farmasi yang berdedikasi dengan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan profesional. Guardian komited terhadap tabdir urus korporat yang berpegang kepada tanggungjawab dan etika pada setiap masa. 

Guardian juga menjalankan aktiviti sumbangan korporat dan percaya terhadap usaha menyumbang kembali kepada masyarakat. Guardian meraikan kejayaannya selama empat dekad dengan berjanji untuk menyumbang kepada aktiviti yang bermanfaat. Ia melibatkan diri dalam  usaha-usaha yang membantu menyedia serta  mempromosikan aspek penjagaan, pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat. Di samping menyokong program-program yang membantu mereka yang memerlukan terutama golongan wanita dan kanak-kanak.  

Mengenai Dairy Farm
Dairy Farm merupakan peneraju peruncitan di pasaran pan-Asia. Pada 30 Jun 2016, Kumpulan, Rakan Niaga dan Usahasama mengendalikan lebih 6,500 cawangan serta menggaji lebih 180,000 orang pekerja. Ia mencatatkan jumlah jualan keseluruhan lebih AS$17 bilion pada tahun 2015.

Kumpulan ini beroperasi di bawah beberapa jenama terkenal melibatkan empat divisyen. Jenama-jenama utama termasuklah:

Makanan
  • Supermarkets – Wellcome di Hong Kong, Taiwan dan Filipina, Yonghui di China, Cold Storage di Singapore dan Malaysia, Giant di Malaysia, Indonesia dan Singapora, Hero di Indonesia
  • Hypermarkets – Giant di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam, Yonghui di China
  • Convenience stores – 7-Eleven di Hong Kong, Singapura, Selatan China dan Macau;

Kesihatan dan Kecantikan
  • Mannings di Greater China, Guardian pasaran Asia lain dan Rose Pharmacy di Filipina

Perhiasan Rumah
  • IKEA di Hong Kong, Taiwan dan Indonesia;

Restoran
  • Maxim’s di Hong Kong, China dan Vietnam.

Dairy Farm International Holdings Limited ditubuhkan di Bermuda dan disenaraikan di London Stock Exchange sebagai senaraian utamanya, dan senaraian kedua di Bermuda dan Singapura. Perniagaan kumpulan diuruskan dari Hong Kong oleh Dairy Farm Management Services Limited menerusi pejabat serantaunya. Dairy Farm ialah ahli Jardine Matheson Group.

Previous Post Next Post