6 May 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO & PELANCARAN FACEBOOK RASMI 'SAHABAT ZAKAT'

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PPZ MAIWP
TUAN HJ MOHD RAIS HJ ALIAS
Barangkali ada yang tahu, dan ada yang mungkin tidak tahu. Tetapi bila menyebut Baitulmal, tidak lari dari titipan bibir perkataan Zakat akan diikuti. Bagi mereka yang tidak ketahui, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, perihal zakat dan baitulmal adalah dibawah Agensi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pusat Pungutan Zakat dipertanggungjawabkan dengan pengutipan dan Baitulmal akan mengagihkan kepada yang wajib menerima Bantuan ini. 


Pusat Pungutan Zakat (PPZ) sentiasa berusaha untuk memberikan ruang dan peluang untuk masyarakat mendekati dan memahami proses zakat diperingkat Negeri. PPZ akan sentiasa berinovatif dalam usaha membuat program kesedaran dan juga merapatkan jurang antara Pegawai dan Asnaf. Dan salah satu dari usaha itu adalah Program Sahabat Zakat. Program ini telah dijalankan sejak tahun lepas, dan penyertaan masyarakat amat dialukan. Anda boleh mendaftar menjadi seorang Sahabat Zakat untuk mendapat peluang menghadiri pelbagai aktiviti yang menarik yang telah disediakan oleh PPZ. 

Salah satu caranya adalah dengan menganjurkan PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SAHABAT ZAKAT yang telah dibuka penyertaannya kepada orang ramai baru-baru ini. Dan pada hari ini Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah melancarkan Facebook Rasmi Sahabat Zakat berserta logo baru sempena Majlis Penyampaian Hadiah. . Semua peserta Pertandingan ini yang telah dipilih telah diraikan dan diberikan penghargaan untuk usaha mereka. 
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SAHABAT ZAKAT

PEMENANG PERTAMA
Mohd Fauzi b Mohamad Hassim

PEMENANG KEDUA
Mohamad Nur Azizi b. Basri

PEMENANG KETIGA
Hamdan b. Abd Mubin

SAGUHATI KEEMPAT HINGGA KELAPAN
Syed Muhammad Ali Afdhal Asseggaf b Syed Mohamad
Farrah Dayana bt Zainuki
Noor Haida bt Zainal Abidin
Siti Zulaikha bt Abd Halim
Nurul Azwani bt Abdul Rahman
PEMENANG PERTAMA
PEMENANG KEDUA
PEMENANG KETIGA
PEMENANG UTAMA DAN SAGUHATI
Ucapan Tahniah kepada semua Pemenang untuk semangat mereka dalam ingin turut serta dalam mengerakkan zakat kearah yang lebih kreatif. 

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program Sahabat Zakat dan juga zakat boleh ke pautan yang tertera dibawah ini. 

Facebook Sahabat Zakat PPZ 
Facebook MyZakat 
Twitter ppzwp 
YouTube ppztv 


Previous Post
Next Post

post written by:

1 comment:

  1. Hopefully, dengan pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat ni...Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dapat mendekatkan diri dengan masyarakat disamping menambah bilangan prospek pembayar zakat yang baru dan mereka dapat membekalkan maklumat yang tepat dan betul berkaitan dengan isu-isu zakat.

    ReplyDelete

Please leave your comment.