Sunday, 23 April 2017

KOLEKSI RESEPI-RESEPI AISKRIM MALAYSIA

Tidak disangkalkan AISKRIM MALAYSIA masih menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja buat mereka yang muda tetapi dengan makbapa budak sekali juga mengemarinya. Aiskrim Malaysia atau Aiskrim Batang bukan susah hendak dibuatnya. Dan kosnya juga tidaklah mahal sangat juga. Dalam bawah RM10 - RM20 sudah boleh dibuatkan AisKrim Malaysia ini. 

Boleh dibuat untuk sahaja makan-makan dalam keluarga sendiri, atau juga untuk tujuan berniaga. Dulu harga sebatang sekitar RM0.10 - RM 0.20 tetapi sekarang ia mencecah RM0.50 masih mampu dibeli orang ramai. 

Kami telah mengumpulkan koleksi aiskrim Malaysia yang popular / baru dari pelbagai punca maklumat yang ada untuk mereka yang ingin mencuba membuatnya. Selamat Mencuba!!

PERISA ASAM BOI
Bahan-bahannya:-
  • Air Panas
  • Gula
  • Perisa Asam Masin
  • Asam Boi 
  • Plastik Aiskrim

Cara-caranya:-
  1. Larutkan gula dengan air panas. (nak buat air gula pun boleh)
  2. Masukkan perisa asam masin. (ikut selera)
  3. Biarkan sejuk 
  4. Masukkan asam kecut/boi ke dalam plastik aiskrim.
  5. Kemudian masukkan air bancuhan air asam yang dah sejuk kedalam plastik tadi. 
  6. Ikat ketat-ketat.
  7. Simpan dalam peti ais semalaman. 

PERISA SUMI JELLY
Bahan-bahannya:-
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air kosong
  • 2 bungkus sumi
  • secubit garam

Cara-caranya:-
  1. Masakkan air, susu pekat, susu cair hingga mendidih. 
  2. Masukkan garam sedikit.
  3. Biarkan sejuk 
  4. Masukkan sumi yang dibelah 4 
  5. Tuangkan bancuhan susu tadi kedalam plastik aiskrim tadi
  6. Sejukkan 

PERISA CHOKI CHOKI
Bahan-bahannya:-
  • Choki choki
  • 1 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 tin air kosong
  • 2 1/2 sudu tepung jagung
  • secubit garam
Cara-caranya:-
  1. Masakkan susu pekat, susu cair, air sehingga mendidih.
  2. Masukkan garam sedikit dan tepung jagung tadi. 
  3. Biarkan sejuk.
  4. Masukkan choki choki dalam plastik aiskrim. 
  5. Tuangkan bancuhan susu tadi kedalam plastik aiskrim tadi
  6. Sejukkan 
PERISA JELLY LOLIPOP
Bahan-bahannya:-
  • 5 liter air.
  • 1 packet jelly (perisa ikut suka)
  • 1 tin susu cair
  • 4 senduk gula
  • 3 jenis pewarna
Cara-caranya:-
  1. Masukkan air, jelly, susu cair & gula, kacau sehingga sebati. 
  2. Baru masak dan kacau selalu. 
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan 
  4. Isikan kedalam plastik aiskrim.
  5. Sejukkan. 
PERISA GULA APONG
Bahan-bahannya:-
  • 3 liter air.
  • 1 kg kelapa (buat santan) atau boleh guna santan kotak brands ayam kerana ianya pekat. 
  • 700gm Gula Apong
  • 2 helai Daun Pandan
Cara-caranya:-
  1. Masak air sehingga mendidih. 
  2. Masukkan gula, santan & daun pandan. 
  3. Tapiskan dan sejukkan. 
  4. Masukkan dalam plastik aiskrim. 
  5. Bekukan.
PERISA NUTELLA
Bahan-bahannya:-
  • Nutella
  • 1 tin susu manis
  • 1 tin susu cair
  • 7 tin air masak
  • 2 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu kecik esen vanilla
  • Sedikit garam
Cara-caranya:-
  1. Masakkan air, susu manis, susu cair, tepung jagung sehingga mendidih. 
  2. Masukkan esen vanilla dan garam tadi. 
  3. Sejukkan
  4. Masukkan nutella dalam plastik aiskrim. 
  5. Bekukan.

BASE SUSU
Bahan-bahannya:-
  • 2 tin susu pekat 
  • 2 tin susu cair 
  • 6 liter air 
  • Air gula 
  • Garam ( untuk keladi & jagung)
Cara-caranya:-
  1. Masakkan susu pekat, susu cair, air dan gula sehingga mendidih. 
  2. Tambahlah perisa apa yang nak. 
  3. Jika bandung, tambah 1/2 botol besar aiskrim soda. 
PERISA STRAWBERRY
Bahan-bahannya:-
  • 1 packet buah strawberry
  • Perisa strawberry
  • 3 cawan air
  • Gula
Cara-caranya:-
  1. Kisar buah strawberry dengan air
  2. Didihkan diatas api, letak gula sehingga manis-manis buah. 
  3. Masukkan perisa strawberry. (banyak dikedai menjual bahan-bahan bakery)
  4. Sejukkan.
  5. Masukkan kedalam plastik aiskrim. 
  6. Bekukan. 
PERISA KACANG HIJAU
Bahan-bahannya:-
  • Kacang Hijau
  • 1 liter Santan
  • 2-3 cawang Gula
  • Gula Merah
  • Garam
Cara-caranya:-
  1. Kacang hijau rendam semalaman
  2. Rebus sampai empuk
  3. Air gula merah masak berasingan (tapis)
  4. Bila kacang dan empuk, masukkan air gula merah, garam dan santan. 
  5. Masak macam buat bubur kacang. 
  6. Sejukkan. 
  7. Masukkan kedalam plastik aiskrim. 
  8. Bekukan. 
PERISA BLUEBERRY YOGURT
Bahan-bahannya:-
  • 280gm yogurt tanpa lemak
  • 80gm buah blueberry
  • 1 1/2 sudu teh Madu
  • 1 sudu teh Parutan kulit lemon
Cara-caranya:-
  1. Blenderkan yogurt, blueberry, madu dan parutan kulit lemon.
  2. Masukkan dalam plastik aiskrim.
  3. Bekukan.
PERISA PISANG & MADU YOGURT
Bahan-bahannya:-
  • 280gm Yogurt tanpa lemak
  • 90gm Pisang besar
  • 1 1/2 sudu teh Madu
Cara-caranya:-
  1. Blenderkan yogurt, pisang, madu.
  2. Masukkan dalam plastik aiskrim.
  3. Bekukan
PERISA NUTELLA YOGURT
Bahan-bahannya:-
  • 280gm Yogurt tanpa lemak
  • 130gm Nutella
Cara-caranya:-
  1. Blenderkan yogurt, & nutella.
  2. Masukkan dalam plastik aiskrim.
  3. Bekukan.
PERISA MANGO & STRAWBERRY YOGURT
Bahan-bahannya:-
  • 280gm Yogurt tanpa lemak
  • 30gm Buah strawberi segar
  • 30gm Buah Mangga segar
  • 1 1/2 sudu teh Madu
Cara-caranya:-
  1. Blenderkan strawberi, mangga & madu. 
  2. Masukkan dalam plastik aiskrim.
  3. Bekukan.
PERISA PEACH & RASPBERRY YOGURT
Bahan-bahannya:-
  • 280gm Yogurt tanpa lemak
  • 30gm Buah raspberi segar
  • 30gm Buah peach segar
  • 2 sudu teh Madu
Cara-caranya:-
  1. Blenderkan raspberi, peach & madu. 
  2. Masukkan dalam plastik aiskrim.
  3. Bekukan.

0 comments:

Post a Comment

Sila Komen