JI CHANG-WOOK MEMBUAT PENAMPILAN PERTAMANYA DI MALAYSIA UNTUK MERAIKAN PELANCARAN tvN MOVIES, SALURAN HIMPUNAN FILEM BLOCKBUSTER KOREA PERTAMA & SATU-SATUNYA DI DUNIA KINI BOLEH DITONTON DI HYPPTV

tvN Movies dan HyppTV menerbangkan pelakon Korea, Ji Chang-Wook ke Kuala Lumpur dan mengadakan sesi bertemu peminat untuk peminat-peminat bertuah termasuk pelanggan HyppTV

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, HyppTV mengalu-alukan saluran filem tvN Movies, saluran Filem Blockbuster Korea Pertama dan Satu-satunya di dunia, ke Malaysia. Saluran ini boleh ditonton di HyppTV Saluran 222, dan pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere bermula 1 April 2017.

Bagi meraikan pelancaran tvN Movies di Malaysia dan sebagai menyokong industri filem Korea, tvN turut mengadakan tayangan gala perdana bagi sebuah filem aksi jenayah, Fabricated City, dan menerbangkan buat pertama kalinya pelakon yang berbakat besar, Ji Chang-Wook ke Malaysia. Acara ini dihadiri oleh media tempatan dan media Singapura bersama-sama pemenang-pemenang bertuah bagi peraduan i-contest “Meet Ji Chang-Wook” anjuran HyppTV yang telah diadakan pada platform HyppTV bermula 1 sehingga 5 April 2017.

Emily Wee, Naib Presiden Operasi Perniagaan dan Media, New Media, TM dan Samey Lee, Ketua Pegawai Eksekutif , CJ E&M HK telah hadir pada majlis tersebut. Ji Chang-Wook  turut mengadakan penampilan khas pada acara koktail anjuran tvN Movies, yang berlangsung sebelum majlis gala tersebut dan kemunculan beliau menjadi satu kejutan kepada para tetamu jemputan.

Mengulas mengenai acara tersebut, Emily berkata: “Untuk memenuhi kehendak bilangan pelanggan HyppTV yang semakin meningkat, kami amat teruja untuk menambah lagi jumlah saluran bertaraf antarabangsa seperti tvN Movies, iaitu saluran filem blockbuster Korea yang terbaik di dunia ke Malaysia pada platform kami. Saluran baharu ini telah diperkenalkan kepada para pelanggan bermula 1 April lalu bersama-sama dengan lima (5) saluran hiburan India terkini dan satu (1) saluran hiburan Indonesia di HyppTV yang turut memberikan tayangan secara percuma selama satu (1) bulan untuk dinikmati oleh pelanggan bersempena dengan ulang tahun ke-7 HyppTV.”

“Apa yang menjadikan acara hari ini lebih bermakna adalah, dengan penampilan istimewa pelakon dari Korea yang berbakat besar Ji Chang-Wook yang pertama kalinya hadir ke Malaysia, dibawakan khas oleh tvN Movies, bersempena dengan tayangan perdana gala filem terbaharunya ‘Fabricated City’ di sini. Kami turut memberi peluang sekali seumur hidup kepada pelanggan HyppTV yang bertuah untuk berjumpa dengan Ji Chang-Wook secara lebih dekat, sebagai ganjaran atas kesetiaan dan sokongan berterusan mereka terhadap perkhidmatan kami,” tambah beliau.

Samey Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, CJ E&M HK memberitahu, “Berikutan kejayaan pelancaran tvN Movies di Singapura, pelancaran tvN Movies di Malaysia ini, pertama kalinya di HyppTV, merupakan satu lagi pencapaian yang amat memberangsangkan. Kami percaya bahawa kandungan Korea mendapat pemintaan yang tinggi, terutamanya filem-filem mereka. Dengan pengenalan tvN Movies, saluran blockbuster Korea pertama dan satu-satunya di dunia, kami berharap ia dapat disampaikan kepada pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang, memberikan mereka pengalaman tontonan filem-filem Korea seperti berada di dalam panggung wayang ketika berada di rumah. Kami yakin kerjasama di antara tvN Movies dan HyppTV ini akan membuahkan hasil yang terbaik. tvN Movies akan terus berusaha untuk meluaskan lagi liputan perkhidmatan dan penawaran ke pasaran Asia Tenggara yang lain.”

Fabricated City merupakan sebuah filem yang dibawakan oleh tvN Movies, saluran filem blockbuster Korea Pertama & Satu-satunya di dunia, filem yang dibintangi oleh Ji, sebagai pelakon utama. Ji Chang-Wook merupakan pelakon yang tidak asing lagi untuk drama-drama terkenal Korea seperti The K2 (2016) dan Healer (2014).  Diterajui oleh Park Kwang-hyun, seorang pengarah yang pernah memenangi pelbagai anugerah, Fabricated City mengisahkan tentang seorang peminat tegar permainan video, Kwon Yu (Ji Chang-wook), yang banyak menghabiskan masanya di kafe internet - berdepan dengan masalah pengangguran yang kronik - selepas beliau dibuang daripada pasukan Taekwondo kebangsaan kerana telah menyerang rakan sepasukannya. Kehidupan Kwon menjadi lebih teruk apabila beliau ditangkap dan dipenjarakan seumur hidup kerana menyerang secara seksual dan terlibat dalam kes pembunuhan seorang individu bawah umur, di mana ianya berlaku apabila beliau ingin memulangkan telefon bimbit kepunyaan seorang pemanggil wanita misteri. Dengan bantuan rakan-rakan maya beliau, mereka telah membongkar satu plot kongsi gelap terbesar dan segalanya terpulang kepada Kwong dan rakan-rakannya untuk bergabung tenaga dan membuktikan yang beliau tidak bersalah.

Pelanggan HyppTV boleh menikmati filem-filem blockbuster Korea kegemaran mereka pada bila-bila masa di tvN Movies, HyppTV Saluran 222. Saluran ini memperkenalkan filem-filem Korea kepada penonton di Malaysia dengan menayangkan filem-filem terbaik, kegemaran sepanjang masa dan filem-filem yang pernah memenangi anugerah dengan keselesaan tontonan ketika berada di rumah. Saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Jumbo Pack yang ditawarkan pada harga RM60 sebulan, HyppTV Ruby Pack pada harga RM40 sebulan, HyppTV Aneka Pack pada RM30 sebulan atau dengan pilihan secara ala carte berharga RM15 sebulan. tvN Movies turut boleh didapati pada aplikasi HyppTV Everywhere yang boleh dimuat turun menerusi Android Play Store dan Apple App Store dan boleh ditonton pada telefon pintar, tablet atau PC ketika berada di luar rumah. Sebagai tambahan, bermula 1 April 2017, pelanggan HyppTV boleh menikmati tayangan tvN Movies percuma selama satu (1) bulan bersempena dengan ulang tahun HyppTV yang ke-7.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube  (Youtube).

tvN Movies SNS
Facebook                                :           @Ch.tvNMovies
Instagram                                :           @tvN.Movies
Twitter                                     :           @tvN_Movies
LINE                                        :           @tvN.MY
Hashtag Rasmi                       :           #tvNMovies #tvNMoviesinMY


Previous Post Next Post