4 April 2017

HYPPTV MERAIKAN ULANG TAHUN KE-7 DENGAN MEMPERKENALKAN 7 SALURAN BAHARU

Bersempena dengan ulang tahun ke tujuhnya, perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, HyppTV hari ini mengumumkan pengenalan tujuh (7) saluran baharunya bermula 1 April 2017, memperkukuhkan lagi penawaran kandungan hiburan bertaraf antarabangsa sedia ada. Lima (5) daripada saluran baharu yang diperkenalkan adalah khusus untuk komuniti India, iaitu ZeeTV (saluran 304), Zee Tamil (saluran 303), Zee Cinema (saluran 309), Sony SAB (saluran 311) dan Sony Entertainment Television (Channel 312). HyppTV juga merupakan pengendali TV pertama yang memperkenalkan saluran filem Korea terbaharu iaitu tvN Movies HD (Saluran 222) di Malaysia dan Pesona HD (Saluran 115), saluran hiburan Indonesia baharu yang sebelum ini dikenali sebagai MNC Channel.

Selain pengenalan saluran-saluran baharu ini, peminat tegar filem klasik Berbahasa Cina di SCM Legend (Saluran 226) turut dapat menikmati filem-filem kegemaran mereka dalam bentuk Definisi Tinggi (HD) bermula 1 April 2017.

Mengulas mengenai pencapaian terbaharu ini, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata: “Sebagai penyedia perkhidmatan IPTV terbesar di Malaysia dan pernah memenangi anugerah, kami kekal komited dalam membawakan kandungan hiburan bertaraf antarabangsa terbaik dan ini terbukti dengan kejayaan kami memperkenalkan tujuh saluran terbaharu dari India, Korea dan Indonesia. Dengan jumlah pelanggan HyppTV yang semakin meningkat terutamanya dalam kalangan komuniti India, 5 saluran hiburan terbaharu ini nyata mengukuhkan lagi senarai kandungan saluran hiburan India kami, menawarkan kandungan Hindi dan Tamil terbaik untuk mereka.”

“Kami amat teruja dapat membawakan kepada rakyat Malaysia 7 saluran baharu ini bersempena dengan ulang tahun ke-7 HyppTV, dan dengan ciri-ciri tontonan yang menarik seperti fungsi catch-up dan time-shift, pelanggan kami berpeluang untuk menikmati drama bersiri kegemaran mereka, filem-filem blockbuster dan banyak lagi menerusi saluran-saluran baharu ini pada bila-bila masa tanpa sebarang caj tambahan untuk HD, sama ada ketika berada di rumah mahupun ketika berada di luar dengan aplikasi HyppTV Everywhere. Banyak lagi untuk diraikan! Sebagai pelanggan HyppTV, anda boleh menikmati tontonan PERCUMA kesemua 7 saluran baharu ini bermula 1 April 2017 sehingga 30 April 2017!”, tambah beliau.

Saluran-saluran ini turut boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere, yang boleh dimuat turun di Android Play Store dan Apple App Store, jadi anda boleh menonton program-program kegemaran anda di telefon pintar, tablet dan komputer peribadi, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Saluran-saluran baharu yang ditawarkan oleh HyppTV adalah seperti berikut:
Zee TV Logo
ZeeTV (Saluran 304)
ZeeTV menayangkan pelbagai genre buat kesemua lapisan penonton termasuk drama-drama bersiri terbaik, komedi, program realiti, program kanak-kanak dan filem. Saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Varnam Pack pada harga RM30 sebulan atau menerusi pilihan ala carte pada harga RM6 sebulan.
 Zee Tamil Logo
Zee Tamil (Saluran 303)
Menawarkan pelbagai program seperti drama-drama telenovela, program bual bicara, program permainan, komedi, travelog, masakan, filem dan banyak lagi. Saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Varnam Pack pada harga RM30 sebulan atau menerusi pilihan ala carte pada harga RM6 sebulan.
 Zee Cinema Logo
Zee Cinema (Saluran 309)
Sebagai saluran filem-filem Hindi terbaik di TV, Zee Cinema menayangkan filem-filem Bollywood terbaik, menghiburkan lebih daripada 90 juta penonton di seluruh dunia. Tayangan filem Hindi terbesar di dunia, saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Varnam Pack pada harga RM30 sebulan dan menerusi pilihan ala carte pada harga RM6 sebulan.
Sony SAB TV
 Sony SAB (Saluran 311)
Sony SAB, saluran hiburan India yang khusus menayangkan aktiviti-aktiviti kekeluargaan. Saluran ini telah menayangkan pelbagai genre seperti komedi, drama, romantik, komedi senyap, sitkom, sains fiksyen dan komedi solo. Saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Varnam Pack pada harga RM30 sebulan atau menerusi pilihan ala carte RM6 sebulan.
Sony SET Logo
Sony Entertainment Television (Saluran 312)
Sony Entertainment Television atau SET, adalah saluran televisyen hiburan am berbahasa Hindi di benua kecil India. Program-program yang terdapat di SET lebih tertumpu kepada tontonan keluarga. Program-program ini meliputi kesemua genre termasuklah drama, realiti, komedi, suspen, mitos dan romantik. Saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Varnam Pack pada harga RM30 sebulan atau menerusi pilihan ala carte pada harga RM6 sebulan.
Image result for tvn movies
tvN Movies HD (Saluran 222)
tvN Movies, saluran PERTAMA & SATU-SATUNYA bagi Filem Blockbuster Korea yang menampilkan filem-filem Korea kegemaran sepanjang masa untuk semua peringkat umur. Saluran ini ditawarkan di dalam HyppTV Pack Jumbo pada harga RM60 sebulan, HyppTV Ruby Pack pada harga RM40 sebulan, HyppTV Aneka Pack pada harga RM30 sebulan dan juga menerusi pilihan ala carte pada RM15 sebulan.
Pesona HD (Saluran 115)
Pesona HD menyediakan semua genre program hiburan seperti sinetron, rancangan realiti terkini, selebriti dan berita gosip (bersiaran pada hari yang sama), program muzik, filem, animasi dan banyak lagi, kebanyakannya dalam HD terutama bagi masyarakat Indonesia dan Melayu. Antara program utama adalah D Academy, Mermaid in Love, Kiss dan banyak lagi. Saluran ini ditawarkan di dalam HyppTV Aneka Pack pada harga RM30 sebulan atau melalui pilihan ala carte pada harga RM9 sebulan.

HyppTV memulakan operasinya sejak 7 tahun lalu sebagai sebahagian daripada perkhidmatan tiga serangka (triple-play), UniFi pada tahun 2010. Kini, lebih daripada 1.4 juta pelanggan menikmati perkhidmatan HyppTV sama ada menerusi perkhidmatan UniFi atau Streamyx serta pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 110 saluran dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) - yang terdiri daripada 53 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran Radio, 7 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati himpunan hiburan bertaraf dunia melalui HyppTV Everywhere atau Hypp Play, saluran Video-On-Demand yang menawarkan pelbagai siri kandungan di HyppTV bagi tontonan yang menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube  (Youtube).
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments:

Please leave your comment.