Tuesday, 7 March 2017

TOP LANCARKAN RANGKAIAN REVOLOUSI TOP MICRO-CLEAN TECH DENGAN ANTI-SEBUM

Semasa pengenalan rangkaian revolusi TOP Micro-Clean Tech™ dan pelancaran kempen komuniti ‘Pass It On’. (Dari Kiri) Encik Robin Loh, Pengarah Jualan, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Pua Poi Tuan, Pengurus Kanan Barangan,  AEON Co (M) Berhad, Cik Christina Yong, Pengarah Pemasaran,  Southern Lion Sdn Bhd, Cik Annette Ling, Dr Waitchalla Suppiah, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Edward Liew, Timbalan Pengarah Urusan, Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, Encik Naoyuki Egawa dan Encik Tatsuya Horiuchi, Bakal Pengarah Urusan, Southern Lion Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Setiausaha, 
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 
Yang Berusaha Dr Waitchalla Suppiah 
Perkenalkan Kempen Komuniti TOP “Pass It On”

TOP sedang merevolusikan industri detergen Malaysia dengan pengenalan teknologi terkininya Micro-CleanTech. Berbekalkan slogan ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’, jenama tersebut mendorong para pengguna untuk mencapai tahap cucian yang seterusnya dengan menggunakan teknologi pencuci Anti-Sebum.

TOP Micro-Clean Techmerupakan satu formula canggih yang dimajukan oleh Lion Corp Japan. Ia telah berjaya mencuci kesan kotoran harian yang biasasejak dilancarkan. Bagaimanapun, selain mencuci kotoran berkenaan, inovasi melalui Kajian dan Pembangunan juga mampu menangani kotoran tersembunyi yang tidak kelihatan dengan mata kasar tetapi mampu menghampakan harapan kita untuk mendapatkan pakaian yang benar-benar bersih.

Hari ini TOP mengambil satu cabaran hebat baharu, iaitu menangani kotoran tersembunyi yang memberi kesan kepada pakaian yang disebabkan oleh sebum atau minyak badan yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh terutamanya dalam cuaca yang lembap dan panas.

Sebum sering terperangkap jauh ke dalam teras fabrik dan gagal dicuci dengan berkesan oleh pencuci biasa sehingga menyebabkan pakaian putih menjadi kekuningan dan memudarkan warna pakaian berwarna.

Sebum yang terperangkap ini juga merupakan nutrisi kepada bakteria yang boleh menyebabkan pakaian berbau busuk selepas dicuci terutamanya pada pakaian yang kerap digunakan untuk aktiviti luar.

Hasilnya ialah pakaian yang lebih bersih untuk gaya hidup yang lebih bahagia dan sihat.
Belum Bersih, Sehingga Mikro Bersih! (Dari Kiri)  Cik Carmen Foo, Pengurus Pemasaran Kanan Bahagian Penjagaan Fabrik, Southern Lion Sdn Bhd,  Cik Annette Ling, Pengarah Urusan, Southern Lion Sdn Bhd dan  Encik Naoyuki Egawa, Pengarah Penyelidikan, Pembangunan dan Pengilangan, Southern Lion Sdn Bhd.
Teknologi Micro-Clean Tech™ dengan rangakaian Anti-Sebum melingkungi semua fungsi yang dimasyhurkan oleh TOP termasuk anti-bau, anti-hama debu, anti-bakteria dan teknologi wangian FreshCare™ bagi kesegaran berpanjangan sehingga 30 hari selepas pembasuhan.

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Bahagian Penjagaan Fabrik, Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, inovasi TOP Micro-Clean Tech™ menawarkan tahap cucian bersih yang seterusnya dan gaya hidup yang lebih menggembirakan untuk masa depan yang lebih baik.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, TOP memberikan kembali kepada komuniti melalui Kempen ‘Pass It On’ agar lebih ramai pengguna dapat menikmati kebaikan teknologi baru ini.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini mengenengahkan keupayaan teknologi terbaharu ini - menghidupkan, menyegarkan dan memperbaharui pakaian. Kempen ini berasaskan premis bahawa semua orang layak mendapatkan pakaian yang telah dimikro bersih untuk gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan menyihatkan. Inilah cara kempen ini membantu komuniti secara besar-besaran.
(Dari Kiri) Cik Annette Ling, Pengarah Urusan, Southern Lion Sdn Bhd, menyaksikan Dr Waitchalla Suppiah, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, melepaskan baju pra-disayangi yang pertama bagi kempen komuniti TOP ‘Pass It On’.
Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berusaha Dr Waitchalla Suppiah di pusat beli Belah 1Utama hari ini.

Beliau memuji TOP atas usahanya membina sebuah platform untuk membolehkan komuniti membantu dan memperkasakan ahli-ahlinya, dengan teras pemeliharaan alam sekitar yang kukuh melalui penekanan terhadap kitar semula; dalam masa sama mempromosikan kepentingan gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan menyihatkan.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini mempunyai empat langkah yang menyaksikan TOP mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai; dicuci secara profesional menggunakan TOP Micro-Clean Tech™ untuk menyegar dan menghidupkannya kembali sebelum digosok dan dibungkus. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kemudiannya akan menghadiahkan pakaian pakaian itu kepada mereka yang memerlukan.

"Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini amat seiring dengan falsafah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan selaras dengan cara kami membantu rakyat. Kementerian beriltizam untuk menggunapakai dan melaksanakan kebajikan produktif bagi memecahkan kitaran kemiskinan melalui penciptaan mereka yang mampu diri; membantu mereka dengan peralatan dan mesin atau memberi bantuan kewangan yang diperlukan untuk berjaya. Kini, kami boleh menambah pakaian terpakai di dalam senarai bantuan yang boleh dikongsikan dengan mereka," kata beliau.

"Kempen ini ialah mengenai perkongsian memori dan pengalaman. Kami memuji TOP kerana membangunkan kaedah yang bermakna dan praktikal untuk membantu mereka yang mempunyai dan mereka yang memerlukan. Di masa yang sama, membantu mengurangkan bahan buangan persekitaran dalam bentuk tekstil dan pakaian yang masih boleh digunakan tetapi dibuang di tempat pembuangan sampah. Sumbangan seperti ini tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit kerana nilainya datang dalam bentuk emosi dan psikologi yang mana ia membantu untuk membina keyakinan diri dan memberikan mereka yang memerlukan pakaian yang boleh membantu mereka mencapai potensi diri.  TOP telah memberikan satu program mampan yang melibatkan komuniti di seluruh negara bagi membantu mereka yang memerlukan. Saya amat menyokong program-program seperti Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini kerana ia mengambil pendekatan 360 darjah melalui kerjasama swasta dan awam," tambah beliau.

"Begitu banyak pakaian kita yang tidak digunakan dan terbuang kerana perubahan tubuh badan dan gaya hidup. TOP Micro-Clean Tech™boleh menghidupkan dan menyegarkan kembali pakaian terpakai ini sebelum ia diberikan kepada orang lain. Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ merupakan platform yang membolehkan komuniti membantu ahli-ahli mereka dengan memberikan mereka peluang untuk menyumbangkan pakaian terpakai yang akan kami cuci dengan TOP Micro-Clean Tech™ sebelum mengedarkannya kepada yang memerlukan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat," tambah Cik Carmen pula.

Ahli komuniti dan individudigalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka di pautan www.toppassiton.my. Mereka juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kempen ini dan lokasi ia dijalankan.

"Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ menawarkan kebolehan teknologi kami iaitu menghidupkan, menyegarkan dan memperbaharui pakaian dan ia juga dapat menangani isu yang lebih besar iaitu membantu dan memperkasakan komuniti dengan pakaian terpakai yang dicuci secara mikro bersih yang bersesuaian dengan keperluan harian ataupun sebarang keperluan khas," jelas Cik Carmen.

Teknologi TOP Micro-Clean Tech™ boleh didapati di premis-premis peruncitan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut sila lawati pautan http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Mengenai Southern Lion Sdn Bhd
Southern Lion Sdn. Bhd. Ialah syarikat usahasama 50/50 antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Japan. Ia sentiasa memperbaiki kualiti kehidupan pengguna Malaysia dengan menawarkan produk isi rumah dengan konsep inovasi mampu milik untuk penjagaan pakaian, rumahkecantikan dan penjagaan mukut. Southern Lion merupakan pengeluar detergen pertama menerima pensijilan ISO 9001.

0 comments:

Post a Comment

Sila Komen