25 March 2017

TAPAK PAMERAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DISERBU PENGUNJUNG

1.  LANGKAWI, 25 Mac - Pameran Promosi dan Kerjaya TLDM sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17) mendapat sambutan luar biasa apabila merekodkan jumlah pengunjung lebih dari 7,000 orang sejak ia dibuka pada 21 Mac bertempat di Resorts World Langkawi. 

2.  Tema pameran yang telah dipilih ialah “Today For Tomorrow”. Pameran ini bertujuan memberikan peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali TLDM secara langsung. Pelbagai aktiviti pameran diadakan sepanjang LIMA’17 termasuk persembahan pancaragam dari negara sahabat iaitu Tentera Laut Filipina dan Tentera Laut Sri Lanka, Drumline Pancaragam Pusat TLDM, pertunjukan pakaian seragam, pameran misil, pameran senjata api kecil, pertunjukan Kawad Senyap dan pameran oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL)

3.  Disamping itu, segmen pameran pada kali ini juga telah disusun agar dapat memberi peluang kepada pengunjung memahami pengoperasian TLDM secara keseluruhannya.dimensi operasi di daratan, atas permukaan, bawah permukaan dan ruang udara adalah fokus kepada pameran ini. Buat julung kalinya gambaran konsep tentera laut masa hadapan dipertontonkan. 

4.  Pada masa yang sama, tapak pameran Segmen Maritim LIMA ’17 sehingga kini telah menerima sambutan hebat apabila lebih daripada 54,000 pengunjung telah datang melawat dan juga berpeluang melawat kapal-kapal TLDM dan kapal tentera laut asing yang dibuka untuk lawatan umum setiap hari secara percuma.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments:

Please leave your comment.