RANCANGAN MENARIK BULAN APRIL DI RTL CBS ENTERTAINMENT DAN EXTREME HD

RTL CBS Entertainment HD memastikan gelak ketawa dan drama berterusan sementara  RTL CBS Extreme HD meneruskan keterujaan dengan aksi penuh adrenalina sepanjang April ini
Eksklusif di RTL CBS Entertainment HD

Britain’s Got Talent – Musim 11
Simon Cowell, Amanda Holden, Alesha Dixon dan David Walliams berada dalam satu misi untuk mencari bakat paling menghiburkan dan unik di UK. Mereka benar-benar mengetahui dunia glamor dan elemen yang diperlukan untuk mempamerkan bakat yang mempersonakan. Kini memasuki tahun ke-11, barisan hakim Britain’s Got Talent akan terus menghiburkan penonton sambil meneruskan pencarian penghibur paling menonjol di UK yang akan beraksi di Persembahan Aneka Ragam Diraja pada tahun ini. Manakal Ant dan Dec merupakan pengacara Britain's Got Talent Musim 11.

Britain’s Got Talent – Musim 11 mula ditayangkan pada 16 April 2017 dan disiarkan pada setiap Ahad pada pukul 10:30 pagi, hanya menerusi RTL CBS Entertainment HD (HyppTV Ch. 616).
Displaying epi210_DAY_ONE_899230.JPG
Remedy – Musim 2
Pada musim lalu, siri tersebut memaparkan seorang penuntut sekolah menengah yang tercicir dan bekas penagih dadah, Griffin Connor, berada di luar kawalan. Bagi memastikan hidupnya kembali pada landasan, beliau menerima tawaran kerja sebagai porter di Hospital Besar Bethune, di mana ayahnya, Allen, merupakan Ketua Turus. Manakala kakaknya, Mel dan Sandy masing-masing merupakan pakar bedah dan jururawat ICU di hospital berkenaan.

Rancangan ini meletakkan hierarki profesion penjagaan kesihatan di bawah tumpuan dengan keluarga berkenaan berusaha menghadapi keadaan baharu yang tegang. Musim 2 dimulakan sembilan bulan kemudian, apabila keluarga Conner telah meneruskan kehidupan masing-masing. Sungguhpun demikian, kejadian letupan di hospital tersebut secara serta-merta telah meletakkan kehidupan mereka di luar imbangan dan ia hanyalah merupakan satu permulaan. Seksaan peribadi juga kembali ke permukaan. Kehadiran Dr. Peter Cutler yang menawan pula telah mengganggu hubungan Allen dan Mel.    

Remedy Musim 2 disiarkan secara eksklusif dan pertama pada 17 April, Isnin pada pukul 9.55 malam di rangkaian RTL CBS Entertainment HD, HyppTV (Saluran 616).

Jangan lepaskan rancangan ini di RTL CBS Extreme

Spartan Ultimate Team Challenge
Daripada produser “American Ninja Warrior”, datang siri pertandingan berpasukan baharu yang memaparkan salah satu balapan berhalangan paling mencabar yang pernah diwujudkan di dunia. Diilhamkan daripada Perlumbaan Spartan dengan pengacaranya, bekas pemain pertahanan NFL, Dhani Jones serta bekas bintang MLS, Kyle,  “Spartan: Ultimate Team Challenge” menjemput lima sepasukan untuk bertarung mengatasi laluan yang dipenuhi halangan seperti lumpur, api, kawat berduri dan cabaran-cabaran sukar lain. Setiap pasukan terdiri daripada dua orang wanita, dua orang lelaki dan seorang kapten pasukan yang harus bekerjasama untuk mengatasi halangan sukar bagi merebut peluang memenangi wang tunai bernilai AS$250,000.

Spartan: Ultimate Team Challenge mula disiarkan di rangkaian RTL CBS Extreme (HyppTv Saluran 617) pada 22 April, Sabtu pada pukul 9:35 malam.
Losing Traction
Losing Traction mengikuti perjalanan pelumba kereta drift, Matt Field, apabila beliau berusaha untuk mengungguli perlumbaan Formula Drift. Bersama sekumpulan pelumba drift berpengalaman dan pasukannya, Matt mengembara serata Amerika Syarikat untuk mengikuti sirijelajah perlumbaan, mengimbangi kehidupan peribadi dengan pemanduan kompetitif beliau untuk menjadi individu serta peserta terbaik. Berasal daripada keluarga sukan bermotor, Matt telahpun memandu ATV pada usia 4 tahun dan sebelum umur 16 tahun, beliau telah memasuki dunia perlumbaan trak off-road bersama bapanya, sekali gus memenangi lebih 30 perlumbaan dan 4 kejohanan. 

Kini fokusnya hanya terhadap dunia drift. Selepas berjaya mengungguli perlumbaan Formula D pada 2011, beliau kembali penuh semangat pada 2012. Beliau hampir menyingkirkan juara 2012, Diago Siato, pada peringkat akhir, menyebabkan para penonton teruja dan  secara rasmi, Matt mendapat perhatian umum.

Pada tahun ini, Matt lebih bersemangat. Beliau berada di ranking ke-7 dalam kejohanan profesional Formula Drift. Beliau akan menggunakan kemahirannya dalam fabrikasi, pembinaan enjin dan perniagaan untuk meraih tempat di podium Formula D.

Losing Traction disiarkan di skrin anda pada 8 April 2017, Sabtu, 7.45 malam hanya menerusi RTL CBS Extreme (HyppTv Saluran 617)
19-2 Musim 3
Siri TV Kanada yang memenangi anugerah, drama yang memaparkan keberanian  anggota polis di Montreal, di samping jenayah-jenayah menarik dan kehidupan peribadi anggota berkenaan kini kembali untuk musim ketiga. Pegawai-pegawai Stesen 19 bergelut untuk mengatasi kesan daripada pendedahan musuh dalam jabatan mereka. Ketika anggota berpangkat tinggi berusaha untuk menyelamatkan kerjaya mereka, anggota peronda terus beraksi menangani jenayah yang melanda Montreal. Ben menemui kepuasan hidup menerusi hubungan beliau dengan Amelie tetapi masalah mula timbul bersama keluarga yang ditinggalkannya. Sementara Nick mencari maklumat tentang kehilangan sepupunya, beliau telah mencetuskan rantaian peristiwa dengan akibat yang tidak dijangka.

19-2 - Musim 3 kembali di RTL CBS Extreme (HyppTv Saluran 617) pada 12 April 2017, Rabu, pukul 10:00 malam.

Mengenai RTL CBS Entertainment HD
Rangkaian hiburan umum yang menyiarkan gabungan terbaik program-program harian, realiti, drama dan komedi. Ia memaparkan rancangan-rancangan dari Amerika Syarikat atau United Kingdom dengan segera termasuk siri Limitless, Scorpion, House of Cards, Beauty and the Beast, Elementary dan The Odd Couple; pertandingan pencarian bakat Britain’s Got Talent dan The X Factor UK; program harian Entertainment Tonight, The Insider, The Late Show with Stephen Colbert dan The Late Late Show with James Corden. Ia juga menempatkan acara anugerah terbesar di dunia yang disiarkan secara langsung termasuk The Golden Globes, Anugerah Screen Actors Guild, Anugerah Muzik Amerika, Anugerah People’s Choice dan Anugerah Muzik Billboard.

Mengenai RTL CBS Extreme HD
Destinasi anda untuk menonton kandungan ekstrem dan aksi dengan gabungan mengujakan siri-siri popular seperti Kingdom, Hawaii Five-0 and NCIS: Los Angeles; lagak ngeri penuh adrenalina menerusi The Xtreme CollXtion dan Cliptomaniacs; gelak ketawa tanpa henti oleh Fail Army dan World’s Funniest; ilusi mempersonakan di Criss Angel: Believe, Dynamo: Magician Impossible, Cosentino dan Close Up Kings serta siri realiti-pengembaraan seperti Bear Grylls: Mission Survive dan Speed with Guy Martin.

Mengenai RTL CBS Asia Entertainment Network
RTL CBS Asia Entertainment Network merupakan usaha antara dua produser kandungan terbesar dunia : RTL Group, peneraju rangkaian hiburan di Eropah dan  CBS Studios International, pembekal program ke pasaran antarabangsa yang terkenal. Rangkaian tersebut mempunyai dua saluran: saluran hiburan umum, RTL CBS Entertainment HD dan saluran hiburan bertumpukan lelaki,  RTL CBS Extreme HD. Kedua-dua saluran diedarkan secara meluas di rantau Asia Pasifik dan diubah suara ke lima bahasa mengikut pasaran tempatan.

Mengenai HyppTV
Merupakan perkhidmatan IPTV yang pesat berkembang di Malaysia, HyppTV disediakan kepada pelanggan Streamyx dan UniFi di seluruh negara. Pada masa ini UniFi TM ditawarkan menerusi tiga (3) pakej kediaman. Pakej tiga serangkai kediaman adalah VIP 30 yang boleh didapati pada harga RM199 sebulan dan VIP50 pada harga RM229 sebulan. Bagi Streamyx, HyppTV disediakan pada 8MBps, sebahagian daripada perkhidmatan tiga serangkainya iaitu pada kadar RM160 sebulan yang turut merangkumi 23 saluran percuma. Manakala untuk pelanggan 4Mbps, HyppTV memaparkan kandungan berkualiti yang meluas pada harga berpatutan dengan pengalaman tontonan pada waktu cerah mahupun hujan ditawarkan sebagai perkhidmatan tambahan dengan komitmen Pek HyppTV pada nilai minimum RM30 sebulan yang juga didatangkan dengan 23 saluran percuma.

Penawaran multiskrin HyppTV boleh dinikmati pelanggan dengan memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere menerusi Play Store Android atau App Store Apple. Kini anda boleh menonton program-program HyppTV kegemaran menerusi telefon pintar, tablet mahupun komputer peribadi. HyppTV juga ditawarkan kepada pelanggan perniagaan jalur lebar dan UniFi.


Untuk maklumat lanjut berkenaan HyppTV, sila layari www.tm.com.my/hypptv dan kunjungi media sosial HyppTV di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).
Previous Post Next Post