ORCHID BEKERJASAMA DENGAN WATSONS MALAYSIA UNTUK MENGUMUMKAN PEMENANG PERTANDINGAN ORCHID 'BE YOURSELF' YANG PERTAMA


Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM6,000 manakala pemenang hadiah utama bakal membintangi satu filem pendek bersama duta jenama Orchid, Sazzy Falak
Peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang julung-julung kali diadakan nyata memeriahkan pusat membeli-belah Alamanda di Purajaya. Finalis-finalis yang berbakat telah memberikan yang terbaik dalam aspek lakonan, nyanyian dan tarian demi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000, produk eksklusif pembersih khusus wanita Orchid, serta pengalaman sekali seumur hidup untuk membintangi filem pendek bersama duta jenama Orchid, Sazzy Falak, yang akan diterbitkan oleh produksi tempatan terkenal, Metrowealth International Group (MiG)!

Pengacara TV, pelakon terkenal, usahawan fesyen dan juga duta jenama pertama Orchid, Cik Sazzy Falak, merupakan salah seorang panel hakim bagi acara akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself. Cik Sazzy juga memberikan kata-kata perangsang untuk ditujukan kepada 12 peserta akhir pertandingan tersebut.
Dalam usaha memperkasakan lebih ramai wanita di Malaysia untuk berbincang tentang topik kebersihan intim secara lebih terbuka, rangkaian produk pembersih khusus wanita yang semakin popular, Orchid, telah menganjurkan pertandingan ‘Be Yourself’ buat pertama kalinya.

Penganjuran ini diadakan sempena kempen #Malu?TakMalu! yang menggalakkan golongan wanita untuk turut serta dalam perbincangan topik tersebut.
(Dari kiri) Pengurus Barangan, Watsons Personal Care Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Carrol Tan, (Ketiga dari kiri) Cik Hamiza Hanapi, yang memenangi tempat pertama pertandingan Orchid 'Be Yourself', duta jenama Orchid, pengacara TV dan pelakon terkenal tanah air, Cik Sazzy Falak, dan Pengurus Produk, Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Divisyen Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Tan Joo In.
Tempat pertama pertandingan ‘Be Yourself’ jatuh kepada Hamiza Hanapi, 32, Selangor, manakala Noor Lyianna Binti Akhir Rudin, 25, Selangor, berjaya menduduki tempat kedua. Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie, 32, yang juga berasal dari Selangor pula, diumum sebagai pemenang tempat ketiga. Pertandingan itu diadili oleh pelakon, pengacara TV terkenal tanah air yang juga merupakan duta jenama Orchid, Sazzy Falak; Tan Joo In dari Orchid dan Carrol Tan dari Watsons Malaysia.

Peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ turut disertai oleh peruncit produk kesihatan, kesejahteraan dan penyelesaian kecantikan yang beroperasi menerusi lebih 400 stor di seluruh Malaysia, Watsons Personal Care Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Watsons Malaysia). Sehingga kini, Watsons Malaysia menawarkan 1,000 jenama yang melibatkan ubat-ubatan, suplemen kesihatan, penjagaan kulit, produk kelengkapan dandanan diri dan kosmetik.

Produk-produk Orchid boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara.

Pelbagai bakat dipersembahkan seperi lakonan, nyanyian, tarian, malah seni mempertahankan diri. Pertandingan itu mendapat sambutan hangat apabila menerima beratus-ratus penyertaan menerusi laman media sosial Orchid.

Seramai 12 orang peserta kemudian disenarai pendek dan semakin hampir untuk merebut hadiah yang cukup bernilai ini.

Pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang berlangsung di laman Facebook rasmi Orchid mulai 30 Mei hingga 30 November tahun lalu menyaksikan banyak penyertaan diterima daripada wanita Malaysia yang yakin, moden dan berbakat besar.

“Wanita-wanita ini memiliki ciri-ciri penghibur – bakat dan kualiti persembahan yang mengagumkan. Dari apa yang kami boleh lihat di sini, mereka yang berjaya telah membuat perancangan terperinci dan latihan sewajarnya. Namun begitu, tiga orang peserta teratas berjaya mengalahkan yang lain menerusi penampilan pentas, keyakinan, interaksi dengan penonton, persembahan dan kreativiti. Secara keseluruhannya, bakat yang ditunjukkan dalam pertandingan ini cukup mengagumkan,” kata Sazzy.

Produk pembersih khusus wanita Orchid dengan Aktif Pencerah Kulit mengandungi bahan-bahan tradisional yang menyegar dan membersih seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih. Bahan-bahan ini menyahbau, mencerah dan memelihara kulit agar lembut. Sekali gus menyediakan satu penyelesaian yang seimbang untuk apa jua jenis kulit. Formula yang lembut telah direka untuk meningkatkan aspek kebersihan, keselesaan dan seimbang dari segi keintimannya. Pada masa sama membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh perubahan pH pada bahagian intim yang tidak seimbang.

Produk pembersih khusus wanita Orchid hadir dalam tiga varian iaitu IntimRomantis dan AnggunBotol dengan bentuk faminin berkapasiti 210ml itu ditawarkan pada harga RM4.75 sebotol dan kini boleh didapati di seluruh negara.

Pengurus Produk, Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Divisyen Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Tan Joo In berkata pertandingan itu bermatlamat menggalakkan lebih ramai wanita untuk tampil ke depan dan rasa bangga dengan kewanitaan mereka; di samping tanpa rasa malu untuk menangani kebimbangan yang mungkin membuatkan mereka berasa resah atau kurang yakin.

“Kami amat gembira melihat semakin ramai wanita Malaysia tampil untuk turut serta dalam perbincangan tentang keintiman wanita dan mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Be Yourself’ ini. Selain menjadi lebih yakin, mereka yang turut serta boleh berkongsi maklumat dan melibatkan diri dalam perbincangan ini. Tambahan lagi, kami juga boleh membangunkan satu komuniti wanita yang mengambil berat tentang aspek kebersihan dan kesejahteraan hidup mereka secara keseluruhannya,” kata Tan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Orchid #Malu?TakMalu! dan tip-tip terbaik mengenai kebersihan intim, sila layari pautanhttps://www.facebook.com/NewOrchidBrand/

TEMPAT PERTAMA
PEMENANG         Hamiza Hanapi
HADIAH + BAKAT     
  • RM 3,000 + Hamper Produk Orchid
  • Bakal membintangi satu filem pendek dengan Sazzy Falak keluaran MIG
KOMEN
Terima kasih Orchid kerana memberi saya peluang yang hebat ini! Saya menerima sokongan yang tidak berbelah bagi daripada kawan-kawan dan keluarga untuk menyertai pentandingan ini. Saya mengambil masa yang lama untuk membuat persediaan dan menjadikan persembahan lebih sempurna, tetapi ia nyata sangat  berbaloi. Kepada semua wanita di luar sana, jangan lupa untuk sentiasa yakin dan jadilah diri anda sendiri! Jangan malu dan tunjukkan kemampuan anda!

TEMPAT KEDUA
PEMENANG   Noor Lyianna bt Akhir Rudin
HADIAH          RM 2,000 + Hamper Produk Orchid
KOMEN
Saya memang pengguna setia produk pembersih khusus Orchid kerana ia bukan sahaja membersih, malah membuatkan saya rasa segar sepanjang hari. Saya masih tidak percaya saya berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan ini! Terima kasih Orchid kerana menyediakan platform kepada saya dan semua wanita di luar sana!

TEMPAT KETIGA
PEMENANG  Sharifah Norbaizura bt Syied Mohd Safie
HADIAH         RM 1,000 + Hamper Produk Orchid
KOMEN
Persaingan memang sengit, saya terkejut juga kerana berjaya menjadi menjadi 3 peserta teratas! Ada ramai wanita muda yang cukup berbakat di sini pada hari ini dan memberikan persembahan terbaik. Terima kasih Orchid!

SENARAI PESERTA AKHIR
1. Ayi Alhamrah, 29, Kuala Lumpur
2. Hamiza Hanapi,32, Klang, Selangor
3. Noor Lyianna Binti Akhir Rudin,25, Petaling Jaya, Selangor
4. Norfitriana Binti Yunus, 24, Kuching, Sarawak
5. Norhidayah Binti Abdullah, 21,Taiping, Perak
6. Norlida Binti Ismail, 37, Kuala Lumpur
7. Nur Diana Shazleen, 22, Sungai Petani, Kedah
8. Nur Liyana Binti Ismail, 25, Kuala Lumpur
9. Nurul Syakirah Binti Roslan, 21, Klang, Selangor
10. Rodiah Binti Abdul Mokti, 30,Tronoh, Perak
11. Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie, 32, Sungai Buloh, Selangor
12. Yasmin Izureen, 20,Kuala Lumpur
Mengenai Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd
Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) merupakan sebuah syarikat pengeluar bahan makanan; penjagaan rumah dan peribadi yang ditubuhkan pada 1950-an. Dalam kategori penjagaan rumah dan peribadi, Lam Soon menawarkan pilihan variasi yang menyeluruh termasuk rangkaian – Penjagaan feminin Orchid; Penjagaan peribadi May; Penjagaan peribadi Fruitale FairWhite UV; Penjagaan peribadi antibanteria Antabax; Produk-produk penjagaan rumah ZIP (cecair pencuci pinggan, pembersih lantai, pembersih tandas, serbuk dan krim pembersih), Cecair dan pes pembersih pingan; cecair pembersih pinggan dan kediaman bio dan pembersih pelbagai guna Labour.  Sebagai jenama yang dikenali ramai dan dipercayai, Lam Soon mendedikasikan diri untuk menghasilkan produk-produk berkualiti bagi kehidupan yang sihat dan rumah yang bersih.

About A.S. Watson Group
Established in Hong Kong in 1841, A.S. Watson Group is the largest international health and beauty retailer in Asia and Europe with over 13,300 stores in 25 markets. Each year, over three billion customers and members shop with our 13 retail brands, both in stores and online.

In Hong Kong, we operate more than 600 stores under four retail brands – Watsons, PARKnSHOP, FORTRESS, and Watson’s Wine. In addition, we manufacture and distribute high quality drinking water brand Watsons Water, as well as the famous juice drinks Mr. Juicy and Sunkist.
For the fiscal year 2015, A.S. Watson Group recorded revenue of HKD151.9 billion. We have over 130,000 employees worldwide, including 12,900 in Hong Kong.

A.S. Watson Group is also a member of the world-renowned multinational conglomerate CK Hutchison Holdings Limited, which has five core businesses  ports and related services, retail, infrastructure, energy and telecommunications in over 50 countries. Please visitwww.aswatson.com for more in-depth information about A.S. Watson Group and its brands. You may also stay in touch with us via our digital presence (eCommerce, social media, mobile app & more); more details are at http://www.aswatson.com/our-customers/digitalasw/.

About Watsons Malaysia
Watsons Malaysia currently operates more than 400 Watsons stores in the country serving more than 4 million customers every month.

Watsons continues to set the standards in the health, wellness and beauty market, providing personalised advice and counselling in health, beauty and personal care on top of its market-leading product ranges, making customers LOOK GOOD, FEEL GREAT every day. Since 2009, Watsons has been the No.1 pharmacy/drugstore brand in Asia Pacific for the 8th year running*.

Watsons is the flagship health and beauty brand of A.S. Watson Group.

* Campaign Asia-Pacific / Nielsen “Asia’s Top 1000 Brands” 2016 survey of over 6,000 respondents.
* “Asia’s Top 1000 Brands” survey – Campaign Asia-Pacific in conjunction with TNS (2008, 2009, 2010, 2011) and Nielsen (2012, 2013, 2014, 2015, 2016)










Previous Post Next Post