21 March 2017

MERASMIKAN PENAMAAN KM PEKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI

Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia hari ini melakar sejarah baharu untuk negara apabila Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak merasmikan penamaan Kapal yang dihadiahkan oleh Kerajaan Jepun JCG PL 02 ERIMO yang diberi nama sebagai KM Pekan. Kapal ini berlepas dari Jepun pada 4 Mac 2017, mengambil masa 10 hari pelayaran, dan telah tiba di perairan negara pada 14 Mac 2017 yang lalu.

JCG PL 02 ERIMO SEKARANG DIPANGGIL KM PEKAN
Laksamana Maritim DATO' SRI AHMAD PUZI BIN AB KAHAR, Ketua Pengarah Maritim Malaysia berkata, APMM sangat menghargai pemberian hadiah kapal Offshore Patrol Craft (OPV), ini mencerminkan hubungan bilateral yang kukuh dan komitmen pihak kerajaan Jepun bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kemakmuran perairan negara terus terpelihara”.

“Pemberian kapal OPV ini oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia yang akan dikendalikan oleh Maritim Malaysia, menunjukkan betapa eratnya hubungan dua hala di antara Malaysia dengan Jepun. Pada tahun ini merupakan ulang tahun ke 60 hubungan kerjasama baik Malaysia dengan Jepun semakin erat”.

Kerajaan Jepun juga telah menggambarkan Malaysia sebagai rakan strategik yang penting dalam menjaga bersama isu Laut China Selatan, dalam memastikan perairan Laut China Selatan terus terpelihara daripada anasir-anasir jahat, seperti perlanunan, penyeludupan, pati dan sebagainya. Ekoran daripada itu Maritim Malaysia telah mengambil keputusan KM Pekan akan di letak Maritim Malaysia Wilayah Timur di Kuantan bagi menjaga perairan Laut China Selatan.

Kerajaan Jepun juga telah menawarkan Grant Aid melalui peyerahan dua buah kapal OPV ini. KM Pekan ini berusia 25 tahun, telah dilakukan pengubahsuaian, termasuk penukaran warna cat kepada warna kapal Maritim,penggantian radar, peralatan di anjungan seperti radio, ECDIS, Digital Echo Sounder dan Direction Finder, segala kemudahan dalaman mengikut spesifikasi Malasyia, Pengubahsuaian mandatori dilakukan terutama pada bilik mandi, tandas lelaki dan tandas wanita di mana keadaan bilik dan tandas tidak sesuai digunakan di malaysia. Semua kos perbelanjaan baik pulih ini juga ditanggung oleh Kerajaan Jepun, di anggarkan sebanyak RM 28 juta bagi dua buah kapal OPV.

KM Pekan ini sepanjang 92 meter ini berupaya melaksanakan operasi dan rondaan di laut selama 30 hari tanpa ulang bekal, terutama di Laut China Selatan dan Pantai Timur Sabah. Fungsi kapal ini adalah bertanggungjawab dalam menguatkuasaan undang-undang maritim, seterusnya ia melaksanakan misi mencari dan menyelamat sehingga ke laut lepas.kapal ini boleh meluncur dengan kelajuan 20 knot, serta mempunyai tapak pendaratan helikopter,dibekalkan radar X dan S bagi memastikan rondaan dapat dijalankan secara meluas di perairan negara. Kapal ini boleh memuatkan seramai 50 orang krew dalam satu masa pelayaran.

Turut Hadir dalam majlis YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Othman bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, YBhg Laksamana Maritim Dato’ Sri Haji Ahmad Puzi bin Haji Ab Kahar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments:

Please leave your comment.