MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA

JUDIKA
Showcase istimewa menampilkan Judika dan band beliau buat pertama kalinya di Malaysia, menanti pelanggan HyppTV

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dengan kolaborasi bersama Transmedia International Sdn Bhddan Sony Music Entertainment Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan ‘Malam Sensasi Bersama Judika’- sebuah showcase  yang diadakan secara LANGSUNG selama satu hari untuk pelanggan HyppTV di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 3 Mac 2017 bertempat di West Entrance, IOI City Mall Putrajaya sebagai sebahagian daripada promosi jelajah bagi memperkenalkan single terbaharunya ‘Jadi Aku Sebentar Saja’ yang akan dimuatkan dalam album terbaharu beliau.
Dari Kiri: MeorShahril Anuar- KetuaPegawaiEksekutif,Menara KL, Emily Wee – NaibPresiden, PerniagaandanOperasi Media, New Media, TM, Judika,Aziana Ali - PengurusBesarPemasaran, Sony Music Entertainment Malaysia, Warren Fernandes –PenolongPengarah, KomunikasidanPemasaran, Parkroyal Kuala Lumpur, Peck Kuan – EksekutifKanan, Transmedia International SdnBhd, Hermond  Cheng – PengurusBesar, Sony Music Entertainment Malaysia dan Singapura.
Pengumuman bagi showcase ‘Malam Sensasi Bersama Judika’ itu telah dihadiri oleh Judika, Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM dan Aziana Ali, Pengurus Besar Pemasaran, Sony Music Entertainment Malaysia yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, rakan lokasi rasmi bagi sidang akhbar tersebut. Sony Music Malaysia turut Menyampaikan plak di atas pencapaian penjualan muat turun nada dering mencecah 2.3 juta unit di Malaysia.
Aziana Ali - PengurusBesarPemasaran, Sony Music Entertainment MalaysiamenyampaikanplakkepadaJudika (tengah) di ataspencapaianpenjualanmuatturun nada deringmencecah 2.3 juta unit di Malaysia disaksikanoleh Emily Wee, NaibPresiden, PerniagaandanOperasi Media, New Media, TM
Mengulas mengenai acara tersebut, Emily Wee, berkata: “Sebagai perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia, kami akan terus komited untuk menawarkan pelbagai himpunan kandungan bertaraf antarabangsa terbaik kepada para pelanggan kami yang memberikan mereka pengalaman tontonan terbaik, sama ada ketika berada di rumah mahupun ketika berada di luar rumah dengan aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere dan juga membawakan kepada mereka persembahan muzik secara langsung seperti ‘Malam Sensasi Bersama Judika’ ini."

"Kerjasama dengan Sony Music Malaysia dan Transmedia International Sdn Bhd adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa menyokong HyppSensasi danPek Aneka HyppTV, salah satu penawaranpek nilai HyppTV paling popular. Pelbagai tawaran menarik menanti anda dalam masa terdekat ini, jadi teruskan bersama kami!”

Aziana Ali, Pengurus Besar Pemasaran, Sony Music Entertainment Malaysia berkata, "Kami di Sony Music amat berbesar hati dan terharu dengan sokongan yang kami terima daripada TM untuk membantu kami memastikan acara kali ini berlangsung dengan jayanya.”

Judika merupakan penyanyi popular di Indonesia yang mempunyai suara seraknya yang tersendiri. Single hit beliau seperti Aku Yang Tersakiti, Bukan Aku Tapi Dia dan Setengah Mati Merindu telah berjaya mengungguli carta di stesen-stesen radio di Malaysia.

Judika memulakan kerjaya nyanyiannya apabila beliau mengambil bahagian dalam pertandingan "Indonesian Idol" musim ke-2. Selepas menewaskan beribu-ribu peserta lain dari seluruh Indonesia, Judika berjaya tersenarai dalam 10 terbaik. Pada peringkat akhir, beliau menunjukkan bakat nyanyian, dan mendapat tempat kedua dan detik itulah yang telah melonjakkan nama beliau dalam industri muzik.

Pelanggan HyppTV tidak lama lagi akan dapat menikmati rakaman persembahan Judika itudi HyppSensasi, Saluran 116 dan melalui aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere semasa Hari Raya pada bulan Julai 2017.

"Jadi Aku Sebentar Saja," lagu yang telah digubah oleh penulis lagu Drajat. Saya tertarik dengan lagu ini sejak kali pertama saya mendengar demonya. Walaupun temponya agak sederhana, tetapi ia membawa tema yang sangat berat,"jelas Judika.

“Acap kali kita merasakan apa yang dimiliki oleh orang lain adalah lebih baik daripada apa yang kita miliki. Kita sentiasa mempunyai keinginan untuk mengikut jejak langkah orang yang lebih berjaya daripada kita. Namun, apabila kita melaluinya, kita mula sedar bahawa realitinya tidaklah seindah yang dibayangkan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,” jelas Judika.

Penyanyi tempatan dan artis Indonesia seperti Leo Danniel, Farish Irish, Fiqri Jelani, Persisdan Ary Hadre akan turut mengadakan persembahan pada showcase tersebut yang berlangsung pada 3 Mac 2017.

HyppSensasi merupakan saluran tempatan PERTAMA di HyppTV yang menayangkan pelbagai kandungan tempatan menarik berBahasa Malaysia dalam bentuk Definisi Tinggi (HD). Ianya boleh ditonton di Saluran 116 dan pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Salah satu daripada drama bersiri terbitan HyppTV yang telah mendapat rating yang tinggi adalah ‘Syurgaku Tak Sempurna’ yang telah ditayangkan pada 16 Januari 2017, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9 malam, menampilkan Shah Iskandar, Raja Ilya dan Uqasha Senrose. HyppSensasi HD menawarkan pengalaman tontonan yang terbaik dengan ciri-ciri tontonan interaktif di mana penonton boleh menghentikan, mengulang dan mencepatkan tayangan tanpa dikenakan sebarang caj. Saluran ini ditawarkan menerusiPek Aneka HyppTV pada harga RM30 sebulan atau secara ala-carte pada harga RM6 sebulan tanpa yuran tambahan bagi Definisi Tinggi. Saluran lain yang boleh didapati di dalamPek Aneka HyppTV adalah HyppInspirasi HD (Saluran 111), Sony Max (Saluran 308) dan banyak lagi.

Mengenai TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), Peneraju Konvergens Negara dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Berintegrasi No. 1 di Malaysia, bersama-sama webe, Pusat Kecemerlangan Mobilitinya, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi jalur lebar, data, talian tetap dan mobiliti. Sebagai peneraju pasaran, TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan yang berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.

Memanfaatkan sambungan global yang meluas, infrastruktur rangkaian dan himpunan kepakaran kami, TM berkedudukan baik untuk melonjakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara.

Sebagai warga korporat contoh yang komited terhadap tadbir urus dan ketelusan yang baik, TM meneruskan janjinya untuk memastikan tahap integriti proses, anggota dan reputasi kami serta kelestarian operasi kami. Falsafah Tanggungjawab Korporat (CR) kami berpegang teguh pada amalan bertanggungjawab dalam empat domain utama iaitu pasaran, tempat kerja, masyarakat dan alam sekitar. Dengan memfokus pada ICT, Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar, menerusi program-program Reaching Out kami.

TM sentiasa bersedia untuk terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan menerusi himpunan penawarannya yang komprehensif bagi membawakan pengalaman digital yang menyeluruh dan penyelesaian perniagaan yang bersepadu untuk memenuhi keperluan komunikasi perniagaan dan gaya hidup mereka – ke arah menjadikan “Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah demi Kesejahteraan Malaysia”.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.    

Mengenai HyppTV
HyppTV, perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia, dikuasakan oleh TM kini  ditawarkan kepada pelanggan UniFi dan Streamyx di seluruh negara. HyppTV ditawarkan dengan perkhidmatan UniFi “triple-play” iaitu UniFi Pro Plan dengan pengalaman kelajuan terpantas dengan 100Mbps serendah RM329 sebulan dan UniFi Advance Plan dengan pilihan pakej nilai dengan kelajuan sehingga 50Mbps serendah RM199 sebulan.

Bagi Streamyx, HyppTV boleh didapati dengan pakej Streamyx BB Deal 8Mbps sebagai sebahagian daripada penawaran perkhidmatan tiga serangkainya pada harga RM160 sebulan termasuk 26 saluran percuma manakala bagi pelanggan-pelanggan Streamyx BB Deal 4Mbps, HyppTV ditawarkan sebagai perkhidmatan tambahan bagi Pek HyppTV pada harga minimum RM30 sebulan dan turut didatangkan dengan 26 saluran percuma. Penawaran pelbagai skrin HyppTV boleh dinikmati dengan memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere menerusi Play Store Android atau App Store Apple dan anda kini boleh menonton program-program HyppTV kegemaran anda menerusi telefon pintar, tablet mahupun komputer peribadi. HyppTV turut boleh didapati oleh pelanggan UniFi dan jalur lebar perniagaan.

HyppTV menyediakan pelbagai pilihan kandungan bertaraf antabangsa yang mampu dimiliki, tanpa ganguan cuaca. Perkhidmatan yang pernah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini  termasuklah Best Component or Enabler di majlis anugerah TV Connect Industry Awards 2014 (sebelum ini dikenali sebagai IP&TV Industry Awards) di London. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut perkhidmatan ini diiktiraf di peringkat antarabangsa di mana sebelum ini HyppTV telah dianugerahkan sebagai Best Online TV Service or Solution pada majlis anugerah yang sama pada tahun 2013. Dengan penganugerahan ini, HyppTV mencipta sejarah menjadi perkhidmatan IPTV pertama di Malaysia yang memenangi anugerah pada acara berprestij tersebut yang mengiktiraf, menganugerah dan meraikan inovasi, kecemerlangan dan pencapaian dalam industri Connected Entertainment.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 108 saluran dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) - yang terdiri daripada 49 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran Radio, 9 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere atau Hypp Play, saluran Video-On-Demand yang menawarkan pelbagi siri kandungan di HyppTV bagi tontonan yang menyeronokkan. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih daripada 1.2 juta pelanggan.


Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube  (Youtube).
Previous Post Next Post