CHIEF OF NAVY ROUNDTABLE TALKS (CNRT ‘17) CARI PENDEKATAN TERBAIK BAGI PEMEROLEHAN ASET TENTERA LAUT

Chief of Navy Roundtable Talks @ Resort World Langkawi
1. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menganjurkan CNRT ‘17 bertempat di Resorts World Langkawi pada hari ini bersempena dengan penganjuran LIMA ’17. Persidangan ini merupakan sebuah forum eksklusif yang melibatkan Panglima-Panglima Tentera Laut di peringkat serantau bagi sesi perkongsian maklumat berkaitan isu maritim dan keupayaan tentera laut. Bertemakan “Naval Capability Based Acquisition Reform” (Reformasi Pemerolehan Berdasarkan Keupayaan Tentera Laut), YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan telah menyampaikan ucaptama dan merasmikan persidangan tersebut. 

2. Persidangan ini dihadiri 12 orang Panglima Tentera Laut, 25 orang wakil Panglima Tentera Laut asing, jumlah terbesar kehadiran yang direkodkan sejak penganjuran LIMA yang pertama pada tahun 1991. Turut hadir adalah delegasi daripada agensi-agensi kerajaan, ahli akademik serta wakil industri pertahanan dalam dan luar negara. 

3. Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, dalam ucapan beliau menyatakan bahawa edisi CNRT kali ini membincangkan antara lain pendekatan inovatif diluar kotak di dalam proses pemerolehan aset TLDM dilakukan secara pengurusan kewangan berhemat yang memberi pulangan pelaburan yang tinggi kepada perkhidmatan. 

4. Sesi pembentangan disampaikan oleh lima ahli panel termasuk Tan Sri Ahmad Kamarulzaman yang telah berkongsi maklumat berkaitan “Pelan Tranformasi Armada TLDM 15to5”. Ahli panel lain adalah Panglima Tentera Laut Diraja Australia - Vice Admiral Tim Barrett, Timbalan Panglima Tentera Laut India - Vice Admiral Karambir Singh, Panglima Armada Ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat - Vice Admiral Joseph P. Aucoin dan Menteri Industri Pertahanan Australia Selatan - Martin Hamilton Smith. 
Previous Post Next Post