MR DENGUE, TETAMU YANG TIDAK DIUNDANG, MENYASARKAN UNTUK 'BERTEMU' SEBERAPA RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MUNGKIN

POST ULANGAN 2016
Jerayawara awam anjuran Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia dan disokong oleh Sanofi Pasteur bertujuan mengatasi kecelaruan laporan denggi dan untuk berinteraksi dengan masyarakat umum tentang tabiat pencegahan denggi yang baik
Meskipun kesedaran tentang DENGGI adalah tinggi, sikap yang negatif tentang gejala ini masih lagi wujud. Masyarakat umum menghadapi kemungkinan manjadi lali terhadap kesan jangkitan denggi dalam kehidupan, keluarga dan komuniti mereka apabila ancaman penyakit ini masih terus dipandang ringan. Selewat bulan lepas, sentimen masyarakat didapati masih kurang prihatin terhadap gejala denggi, suatu penyakit yang menyebabkan kesakitan dan kelesuan serta boleh menjejaskan kualiti kehidupan sehingga enam minggu lamanya setelah sembuh. “Saya pernah mendengar cerita tentang denggi tetapi kami tidak mengambil sebarang tindakan di rumah kerana kami tidak menganggap yang ia akan menjejaskan kami,”  ialah salah satu contoh sikap masyarakat terhadap denggi pada masa kini.

Memperkenalkan, MR DENGUE, Tetamu Yang Tidak Diundang, sebuah jerayawara awam anjuran Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia yang disokong oleh Sanofi Pasteur. Kempen yang dianjurkan ini bertujuan untuk mengikis sikap sambil lewa terhadap penyakit denggi melalui penggunaan jenaka satira bagi menarik perhatian orang ramai melalui media sosial. Setelah berjaya mendapatkan perhatian anda, Mr. Dengue berperanan untuk menyampaikan maklumat tentang demam denggi bagi memperkasakan masyarakat umum dengan cara-cara untuk melindungi diri mereka daripada gejala tersebut

MR DENGUE mampu mengubah sesuatu yang kabur menjadi jelas. Dia melambangkan ancaman denggi yang sentiasa ada di sekeliling kita. Mr. Dengue mewujudkan suasana pendidikan yang santai, serta membangkitkan gambaran yang lebih jelas tentang penyakit tersebut, justeru membolehkan gaya komunikasi yang lebih segar dengan orang ramai tentang pencegahan denggi” ujar Baptiste De Clarens, Pengarah Urusan Sanofi Pasteur Malaysia, Singapura dan Brunei. 

“Sejak MR DENGUE mula ditonjolkan kepada umum pada bulan Februari lalu, dia begitu sibuk memperkenalnya dirinya dan apa yang akan dilakukannya kepada anda. Mr. Dengue turut berkongsi keletahnya dengan menyampuk dalam perbualan di Twitter serta menyebarkan mesej “dominasi nyamuk” di Facebook. Sejak bulan April sehingga bulan Julai tahun ini, kempen ini telah mencetuskan 2.7 juta paparan “online”, dengan sokongan inisiatif rakan-rakan media yang utama. Dengan berlangsungnya jerayawara di ‘concourse’ Sunway Pyramid pada hujung minggu ini, kami berharap dapat meninggalkan kesan di hati lebih ramai warga Malaysia. Di samping itu, warga Malaysia berpeluang ‘bertemu’ dengan Mr. Dengue dengan menekan butang ‘like’ di laman Facebooknya - www.facebook.com/mymrdengue. Sebarkanlah berita tentang MR DENGUE di laman sosial anda dan Mr. Dengue mungkin akan datang mengunjungi anda,” tambah beliau.

Menurut Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), penduduk di Malaysia masih tidak mengambil langkah yang mencukupi untuk mencegah penyakit denggi. “Kami mendapat tahu tentang perkara ini daripada laporan terkini tentang sentimen orang awam. Warga Malaysia perlu ingat bahawa denggi boleh menyerang sesiapa sahaja antara kita tanpa mengira usia, jantina, status kesihatan atau status ekonomi. Jangan baru tersedar tentang kepentingan mengambil langkah pencegahan hanya setelah denggi menjangkiti anda atau ahli keluarga anda. Satu orang di Malaysia dijangkiti denggi setiap 3 minit. Jadi jangan sangka bahawa anda tidak akan mendapat penyakit denggi pada mana-mana peringkat dalam hidup anda,” ujar Prof. Dr Zamberi Sekawi.

Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan bagi mencegah penyakit denggi dan melindungi keluarga mereka daripada bebanan gejala ini. Antara tips terbaik yang dikongsikan oleh MSIDC dan hos dan jurucakap kempen Mr. Dengue, Jason Leong, sewaktu pelancaran media pada hari ini adalah:

·     Amalan kawalan vektor
o   Kerap membersihkan kawasan air yang bertakung
o   Membunuh nyamuk dengan menggunakan racun serangga
o   Penggunaan penutup atau jaringan tangki simpanan air yang ketat
o   Pengurusan sisa pepejal
·    Ambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko digigit oleh nyamuk yang telah berjangkit
o  Cuba memakai pakaian yang mengurangkan pendedahan kulit pada waktu siang.
o   Gunakan losyen atau semburan penghalau nyamuk pada kulit yang terdedah atau baju.
o   Pasang hadangan nyamuk di tingkap
o Aerosol racun serangga, lingkaran ubat nyamuk atau pengewap racun serangga yang lain dan penyaman udara boleh digunakan di bahagian dalam ruang kediaman atau bangunan.

Turut hadir di pelancaran media tersebut ialah wakil daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan serta murid-murid sekolah yang mengambil bahagian dalam program Patrol Denggi 2016. Pelajar-pelajar tersebut turut mengambil bahagian dalam kuiz ‘Battle’ bersama dengan hos Jason Leong telah berjaya  ‘menumpaskan’ Mr. Dengue, disambut dengan sorakan oleh tetamu jemputan.

Jerayawara ‘Berjumpa Mr. Dengue, Tetamu Yang Tidak Diundang’ akan diadakan di Blue Concourse di pusat membeli-belah Sunway Pyramid dari pukul 12 tengah hari Jumaat 14 Oktober sehingga Ahad 16 Oktober. Antara aktiviti yang paling menarik ialah permainan pagar sesat (maze) dalam gaya Pac-Man yang telah direka khas untuk menjadi gelanggang latihan bagi peserta untuk melengkapkan diri dengan peralatan yang diperlukan untuk melawan denggi. Peserta perlu mengumpul kesemua peralatan tersebut dan mengelak daripada ditangkap oleh ‘nyamuk-nyamuk Aedes’ peliharaan Mr. Dengue, yang akan memainkan watak yang sama seperti ‘hantu’ dalam permainan berunsur Pac-Man ini.  Pelajari dengan pantas, lengkapkan perjalanan dalam permainan tersebut tanpa ‘bertembung’ dengan pengikut-pengikut Mr. Dengue serta menangi hadiah premium Mr. Dengue yang istimewa! Orang ramai boleh juga mempelajari bagaimana untuk membina perangkap nyamuk sendiri serta mengenalpasti kawasan pembiakan nyamuk di kawasan kediaman sebagai sebahagian daripada aktiviti terancang yang dapat menggalakkan anda dan keluarga anda untuk mengamalkan tabiat pencegahan denggi yang baik.

Kunjungi www.facebook.com/mymrdengue dan sila ‘like’ laman tersebut untuk menerima maklumat tentang kesedaran dan pencegahan gejala denggi di garis masa Facebook anda. Muat turun risalah ‘Perlindungan Daripada Denggi’ di tab ‘Bertemu Mr. Dengue’ di laman Facebook untuk mendapatkan maklumat terkini tentang tabiat pencegahan gejala denggi. 

Di samping itu, sertai Kuiz Kesediaan Denggi di www.denguemissionbuzz.org untuk mengetahui sejauh manakah anda bersedia untuk melawan penyakit denggi.

Mengenai Sanofi
Sanofi merupakan salah satu peneraju penjagaan kesihatan sedunia yang menemukan, mengembangkan dan mengedarkan penyelesaian terapeutik yang bertumpu kepada keperluan pesakit. Sanofi dibahagikan kepada lima unit perniagaan global: Kencing Manis dan Kardiovaskular, Ubat-ubatan Am dan Pasaran Baru , Sanofi Genzyme, Sanofi Pasteur dan Merial. Sanofi ialah syarikat tersenarai di Paris (EURONEXT: SAN) dan di New York (NYSE: SNY).

Sanofi Pasteur, bahagian vaksin Sanofi, adalah sebuah syarikat global yang menghasilkan lebih daripada satu bilion dos vaksin setiap tahun, membolehkan lebih daripada 500 juta orang di seluruh dunia mendapat imunisasi. Peneraju utama dunia di dalam industri vaksin, Sanofi Pasteur mengeluarkan vaksin berkualiti tinggi seiring dengan kepakarannya dan kehendak kesihatan umum. Warisan syarikat ini untuk mencipta vaksin yang melindungi nyawa telah bermula sejak lebih seabad yang lalu. Setiap hari, syarikat ini melaburkan lebih daripada satu juta Euro bagi penyelidikan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sanofipasteur.com  atau www.sanofipasteur.us
                                                                                 

Previous Post Next Post