Wednesday, 14 September 2016

PENOREH GETAH DINIHARI



'Jom, siap. Bawa barang masuk kereta. Nak gerak dah.' gesa bapa.

Mulalah perjalanan ke Utara malam tu. Kerana tugas, diangkutnya semua sekali. Katanya tak nak tinggalkan. Macam biasa bila gerak malam, cuaca sejuk. Kereta tak banyak. Waktu tu highway PLUS tak wujud lagi, jadi travelling akan ambil masa lama lebih kurang 7 jam mengikut jalan lama. Bapa nak stop kat Ipoh jap nak makan dan untuk kami ke tandas. Selepas selesai semua, kami gerak ke arah Utara. 

Dah jam 1 lebih pagi masa tu. Keluar dari kawasan Ipoh, kereta Volvo bapa terus ke arah Kuala Kangsar. Kami macam biasa khayal tengok luar tingkap, walaupun tak ada apa-apa nak tengok tetapi agak meralitkan lah juga. Macam-macam main dalam kepala. Nak ke Kuala Kangsar ni ada satu terowong kecil yang kadang kalau nak lalu, kena hon kuat dan naikkan beam light tinggi supaya kenderaan sebelah sana tau. Memang gelap terowong ni. 

Lepas aje, tiba-tiba mak cakap, 'neh berhenti jap, ada pakcik tua tu jalan tengah jalan. Kot-kot boleh tumpangkan'. Bapa ikut aje... berhentilah kereta. Mak tanya, 'pakcik nak gi mana, dah malam ni gelap, kami boleh tumpangkan.' 

'Tak apa nak, pakcik ni tengah nak terap getah sekarang. Jalan aje nak. Pakcik tak ada apa-apa' Jawab pakcik tu. Mak berat hati sikit, (orang nurse macam tulah lagi-lagi orang tua kan). Selepas tak berjaya pujuk, kami geraklah. Tinggallah pakcik tu kami tengok dari tingkap belakang kereta.  Tiba-tiba adik tanya, 'mak, pak, waktu macam ni memang orang toreh getah ke? pakcik tu kan dukung baldi getah kat bahu dia.' Pada waktu itu juga tiba-tiba meremang bulu roma tengkuk tegakkkk, mak pandang bapa, bapa pandang mirror belakang, kami apa lagi pandang balik pada pakcik tu... dia lambai, jalan terus hilang. 

Soalan cepu mas yang membawa kami berfikir selepas itu untuk beberapa hari.. hahaha mana ada orang menoreh dalam jam 1 lebih pagi. Jalan yang kami lalu tu memang tidak ada ladang getah hanya kuari yang tidak jauh dari situ dan juga hutan sahaja. Orang tua-tua cakap kadang waktu 12 tengah malam keatas bukan waktu kita dah. Maka beringat-ingatlah sentiasa. Perjalanan kita biarlah dimulakan dengan doa, diringi dengan zikir dan diakhiri dengan alhamdullillah. 


VOLKSWAGEN KUNING OLEH MIG PICTURES SDN BHD, DAVID TEO
Promo wayang terbaru dari MIG ONLINE dah mula, nampak poster teringatlah pengalaman diatas. Tengok teaser dia, menarik juga seramnya hahahaha jangan saya terkejut sudah mau lak terlatah jap kan.. malu digelak orang kan. 

PENERBITAN
MIG PICTURES SDN BHD

TAYANGAN
22 September 2016

PENGARAH
Shadan Hashim

BARIS PELAKON
Pekin Ibrahim 
Atikah Suhaime 


SINOPSIS
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Balik Tabir 'Volkswagen Kuning'

Trailer 'Volkswagen Kuning'

VOLKSWAGEN KUNING - PERADUAN BUAT BLOGGER
Peraduan ini dianjurkan oleh www.broframestone.com dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn. Bhd. Selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning. Untuk maklumat selanjutnya mengenai peraduan, boleh klik disni bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning

#OPPOF1s #SelfieExpert
HADIAH UTAMA PERADUAN BUAT BLOGGER
Jom kejar #OPPOF1s. Nak beli bajet tidak ada. Masuklah contest hahaha tengok rezeki anak dapat tak.. 
Apa2 pun masih sempat nak masuk lagi pada sesiapa yang nak join contest ni ye....

Pesanan dari #hyebro

Anda blogger dan punyai blog? 
Jom sertai contest Volkswagen Kuning ini dan anda mungkin berpeluang memenangi 
1x  OPPO F1s


Isi borang yang disediakan dan tunggu arahan selanjutnya.

Tarikh tutup 18 Sept 2016 12PM











2 comments:

  1. Alahai.. seramnya..
    Kalo bukan pasal anak tu tanya, Kaklong pun tak terpikir.. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn sebenarnya tu pengalaman sendiri. mmg teringat smpi hari ini

      Delete

Sila Komen