8 July 2016

AYAM BRAND - KETULAN SOTONG DIDALAM KICAP



AYAM BRAND

AYAM BRAND, brand yang tidak asing lagi pada hampir semua dapur di Malaysia. Rasanya ramai yang pernah guna sekurangnya 3-4 jenis produk AYAM BRAND ini.

Antara yang saya akan beli setiap kali keluar beli barang dapur adalah sardin dan santan AYAM BRAND. Saya suka goreng sardin saya dulu baru buat kuahnya. Kadang sedap juga untuk dibuat Nasi Goreng Sardin. Kalau saya membuat makanan untuk gelandangan, saya akan buat sandwich sardin pun guna AYAM BRAND.

Santan AYAM BRAND paling terbaik. Banyak-banyak saya guna paling puas hati yang ini kerana boleh guna beberap kali untuk 1 kotak besar, pekat sangat-sangat. Kalau saya masak rendang contohnya, 1 ekor ayam, saya letak 2 cawan santan AYAM BRAND sahaja dah cukup. Kalau nak tambah air pada yang 2 cawan itu pun boleh.

SARDIN AYAM BRAND

SANTAN AYAM BRAND
Banyak juga produk AYAM BRAND, yang terbaru
  • Ketulan Besar Sotong Dalam Kicap
  • Ketulan Besar Sotong Beserta Cili

KETULAN BESAR SOTONG DALAM KICAP AYAM BRAND

KETULAN BESAR SOTONG DALAM KICAP DAN BERCILI
Kebanyakan produk AYAM BRAND sesuai untuk semua lapisan latar belakang. Ini sesuai juga untuk yang bujang, masak nasi, terus masak resepi ringkas dengan produk AYAM BRAND. Jom nak kongsi resepi ringkas menggunakan Ketulan Besar Sotong Dalam Kicap dan Beserta Cili AYAM BRAND

KARI SOTONG AYAM BRAND
KARI SOTONG AYAM BRAND 2
RESEPI KARI SOTONG
BAHANNYA

1/2 Cawan    minyak
                     Beberapa helai daun kari
1/2 tin           Ketulan Sotong Dalam Soya Sos Ayam Brand™ 425g, ditapis
1                   Tomato, dipotong dadu
1 tin              Puri Tomato Ayam Brand™ 425g
2                   Kacang bendi, dipotong 
1                   Terung kecil, dipotong
1/4 cawan    Jus asam jawa
140 ml          Santan  Ayam Brand™
                     Garam dan lada
                     Dikisar
5                   Bawang merah
4                   Bawang putih
2 cm             Halia
2 sudu besar  Tepung Kari Ayam Brand™ 

CARA MASAKNYA
1. Dalam pot, panaskan minyak dan tumis daun kari. Kemudian, tumis barangan yang dikisar.  
2. Masukkan potongan tomato, kacang bendi dan terung. 
3. Kemudian, tambah puri tomato, jus asam jawa dan separuh santan. Masukkan garam dan lada secukup rasa. 
4. Untuk kari yang pekat, boleh biarkan lebih lama. Masukkan sotong dan santan yang selebihnya untuk menambah aroma kelapa. 
5. Biarkan masak untuk 2-3 minit lagi dan kacau pelahan. 
6. Hidang bersama nasi. 

RENDANG SOTONG AYAM BRAND
RENDANG SOTONG
BAHANNYA

1 tin besar      Ketulan sotong besar dalam kicap Ayam Brand – asingkan sos kicap
4 sudu besar  Santan Ayam Brand
½ sudu besar Gula
2 sudu besar  Air asam jawa
½ sudu besar Serbuk pati ayam (mengikut citarasa)
2 sudu besar  Rempah kari
3 sudu besar  Kerisik
1 helai            Daun kunyit – hiris
1 helai            Daun limau purut , dihiris
                       Sedikit garam jika perlu
50 ml              Minyak masak

BAHAN KISAR
2 batang        Serai – dikupas dan dihiris
½ inci             Lengkuas – dikupas dan dihiris
1 inci              Kunyit hidup – dikupas dan dihiris
1 inci              Halia – dikupas dan dihiris
4 biji               Bawang merah – dikupas dan dihiris
3 ulas             Bawang putih – dikupas dan dihiris ( kisar bersama sedikit air )

CARA MASAKNYA
1) Sotong dihiris terlebih dahulu dan ketepikan.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama rempah kari. Kacau dan masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan sos kicap, santan, gula, air asam, perasa, kerisik dan daun kunyit. Kacaukan sedikit.
4) Apabila kuah sudah agak kering, masukkan sotong, sedikit garam jika perlu dan daun limau purut. Kacau lagi hingga sebati dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

* Hidangan untuk = 5 orang Masa memasak = 15 minit
SAMBAL TUMIS SOTONG AYAM BRAND
SAMBAL TUMIS SOTONG AYAM BRAND 2
SAMBAL TUMIS SOTONG AYAMBRAND (CHEF FAZALINA STYLE)
BAHANNYA

1 tin besar       sotong dalam kicap – asingkan sos kicap dari sotong
1 labu besar    bawang besar – kupas kulit dan hiris bulat 1 sm tebal
1 labu tomato  buah – hiris dadu kasar
1 ½ sudu makan gula ( ikut selera)
3 sudu makan air asam jawa
½ sudu makan serbuk pati ayam
                        *garam jika perlu
                         minyak untuk menumis

BAHAN KISAR
15 tangkai        lada kering – rendam
1 inci                kunyit hidup – kupas kulit dan hiris
4 biji                 bawang merah – kupas kulit
4 ulas               bawang putih – kupas kulit
                        sedikit belacan

CARA MASAKNYA
1) Sotong dihiris @ dikoyak-koyakkan. Ketepikan.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar. Masakkan hingga pecah minyak.
3) Masukkan sos kicapnya, gula, air asam jawa, serbuk pati ayam, sotong, bawang besar dan tomato buah. Kacaukan sedikit dan biarkan sambal pekat sedikit dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
4) Sedap dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih biasa.

Hidangan untuk = 5 orang                  Masa memasak = 20 minit


NUTRISI
Sotong rupanya kadar protein tanpa lemak dia tinggi. Untuk 100gm sotong, proteinnya 16gm. Protein sangat penting dalam pemakanan harian kita kerana fungsinya untuk membina dan membaiki tisu badan. Tinggi dengan vitamin B2, B12 dan B-komplex. Bertindak sebagai pemangkin untuk tingkatkan metbolisma agar karbohidrat, protein dan lemak dapat ditukar kepada tenaga.

Ketulan Sotong AYAM BRAND datang dalam dua pembungkusan.
425gm RM 11.66
170gm RM  6.15

MENGENAI AYAM BRAND
AYAM BRAND dah bertapak selama 120 tahun dan terkenal dengan makanan dalam bentuk tin disekitar Asia.

Berada dikedudukan senarai 10keatas untuk dua tahun berturut-turut 2013/2014 untuk kategori jenama barang pengguna laris (FMGG) mengikut kajian Kantar Worldpanels Brand Footprint Study. 

Telah dianugerah, “The Brand Laureate Awards 2008-2009” (Jenama-jenama Dunia Terbaik di Asia Pasifik) pada 2009.

AYAM BRAND berada di kedudukan teratas Jenama Asia kategori makanan dalam tin, kaji selidik konsumer oleh Synovate Research (1000 Jenama Terbaik Asia) yang dijalankan Media Magazine Hong Kong pada tahun 2009.

Juga punya Vitamin B2 B12 and beberapa B-komplex. Bertindak sebagai pemangkin untuk tingkatkan metbolisma agar karbohidrat, protein dan lemak dapat ditukar kepada tenaga.

Ketulan Sotong AYAM BRAND datang dalam dua pembungkusan.
425gm RM 11.66
170gm RM  6.15


Previous Post
Next Post

post written by:

7 comments:

  1. My mother in law's and my daughter's feveret... hahaha.....It is easy to cook and yummy to eat

    ReplyDelete
  2. i like ayam brand products.. Always eat it too!

    ReplyDelete
  3. Sedapnye tengok...memang makan brands ni selalu..ok sekarang nk gi try sotong pla..

    ReplyDelete
  4. Wah~ What a detailed recipe you have!! Can you cook for me??haha.
    I'm a fan of Ayam Brand especially the sardine ..hehe

    ReplyDelete
  5. Yes I have tried this and its very convenient and sedap also.

    ReplyDelete
  6. Sotong is my favourite!! ok nak suruh mami tolong masakkan..hehehhee

    ReplyDelete
  7. Yummy, nice rendang sotong, and most importantly, it's so convenience :)

    ReplyDelete

Please leave your comment.