BLOGLIST RAMADAN 1437H OLEH HASRUL HASSAN



Saya selalu mengikuti blog seorang blogger yang dah lama berblogging, Hasrul Hassan, bila sempat kerana banyak yang dia akan kongsikan terutama mereka yang ingin berblog. 

Satu perkara yang saya ketahui sepanjang masa saya berblog secara separuh masa dari tahun 2010, perlu mengenal platform blog yang anda bakal gunakan supaya memahami dan dapat selesaikan masalah-masalah yang akan timbul dikemudian hari. 

Baru-baru ini saya menghadapi masalah diblog saya dan kawan-kawan blog yang lain, mengsyorkan saya untuk hubungi Hasrul Hassan. Alhamdullillah, dia reply message FB saya tanpa sombong pun (dalam hati dok risau juga, dia jawab ke dengan orang yang kerdil ini kan). Dan dia sendiri offer untuk bantu saya, perbetulkan coding dalam blog saya. Kalau saya memang sampai hari ini, tak akan lepas dari menyelesaikannya. 

Alhamdullillah settled. Blog saya dah update dengan comel sekali...hahahaha thank you Hasrul Hassan kerana membantu orang berumur ini untuk mengenal sesuatu. Belajar dan belajar lagi mengenai platform blog anda supaya anda faham sistemnya. Jangan tangkap muat nak berblog bila orang lain berblog juga. Bila ada sedikit asas bab sistemnya, ianya akan banyak membantu. Dan itulah yang saya belajar sekarang dari Blog Hasrul Hassan. Tak tahu, jangan segan bertanya ye.

Rajin-rajin membaca mengenai platform tersebut, SEO, analytics, dan lain-lain. Jangan malu nak bertanya sampai pandai. Dah tahu pun, tak apa belajar lagi, kerana mungkin ada perkara yang kita sendiri tak tahu wujud.

Saya sebenarnya nak tulis pendek aje, hahaha tetapi teruja nak masuk bloglist Hasrul Hassan, ini yang saya sharekan melalui pengalaman saya. Banyak yang dapat belajar sebenarnya dari blog beliau. Terjahlah jangan tak terjah... dia tak caj tau.. free aje. Antara sebab kenapa saya nak masuk bawah bloglist dia... supaya saya dapat peluang membaca dan belajar lagi dari Hasrul Hassan. #respek orang lama.

Jom terjah pada mereka yang nak masuk bloglist Hasrul Hassan

Blog Official Hasrul Hassan

Kalau ada nak masuk bloglist dia boleh klik disini, boleh baca syarat terma beliau

Kalau ada yang nak connect pada google+ beliau ini linknya

Boleh juga follow FB Page kepunyaan beliau

Siapa nak masuk Kelab Blogger Belia beliau boleh kesini juga

Previous Post Next Post