16 February 2015

UMIE NADZIMAH YANG DIKENALI


UMIE NADZIMAH, satu nama yang tidak asing lagi terutama didalam dunia penulisan, novel dan adaptasi.
Anak kelahiran taiping, beliau telah menghasilkan sebanyak 5 buah novel semenjak tahun 2010.  Seorang ibu tunggal yang punya seorang anak, yang juga seorang pengurus disebuah syarikat pemakanan, tidak menyangka minatnya dalam penulisan dan cita-citanya akhirnya berjaya menghasilkan novel-novel yang menjadi kegemaran orang ramai. 3 daripada 5 bukunya telah dipilih untuk diadaptasikan ke kaca television.
Kerana Terpaksa Aku relakan, novel ketiga beliau, telah diadaptasikan dibawah produksi Prime Works Studio pengarah Azma Aizal Yusoof telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan sehingga masih ditangga buku 'best seller' diMPH.
Menyusul yang akan diadaptasikan daripada novel-novel beliau seterusnya ialah Dia... Isteri Luar Biasa dibawah produksi Datin Ziela Jalil, Pena Creative. Dan juga Jujurlah Nikahi Aku akan sudah diluluskan untuk diadaptasikan tetapi belum diketahui bilakah produksinya akan bermula. 
simpanan beliau dan sering beliau diruang ini membaca
Seorang yang bersikap bersahaja, simple and penuh dengan semangat motivasi. Pengalaman beliau, itulah yang menjadi pendorong beliau untuk memantapkan diri lagi dalam penulisan beliau. Ilham beliau bukan sahaja datang dari pengalaman itu tetapi dari keadaan masyarakat sekeliling, dari cerita-cerita yang ditonton beliau, dari buku-buku yang dibacanya, dan juga dari pengalaman rakan-rakan sekeliling. Itulah sumber inspirasi penulis ini.


Buku novel ke-6 beliau bakal dikeluarkan tidak lama lagi, apakah yang akan beliau sediakan untuk para pembaca kaki novel dan juga peminatnya. 

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments:

Please leave your comment.