SKUAD JEJAK ASNAF, BAITULMAL MAIWP - SKUAD JALANAN


Saya agak aktif dalam beberapa NGO, dan selalunya saya agak gusar apabila ada asnaf yang tidak dibantu sepatutnya. Mengurusi anak yatim, ibu/bapa tunggal, keluarga fakir miskin dan gelandangan, selalunya timbul satu persoalan,

kenapa mereka tidak dibantu?
Dimana badan-badan agensi yang sepatutnya boleh membantu?

Berulang kali saya temui artikel disuratkhabar atau online, bagaimana agensi-agensi ini tidak menjalankan tugas mereka seperti yang dijangka. 

Saya selalu juga menyalurkan bantuan melalui network yang ada, dan kebanyakan agensi yang saya kenali kerap menyalurkan bantuan melalui pelbagai program, contoh JPW seringkali setiap tahun menyediakan program kemahiran dari bulan april - oktober dan beratus telah dilatih. Banyak lagi agensi lain yang melakukan yang serupa. Ramai yang dibantu, tetapi satu soalan yang setiap orang lupa untuk bertanya, adakah mereka yang telah dibantu menggunapakai ilmu yang telah diberikan ke tahap yang akan memanfaatkan mereka dan keluarga?

Gelandangan sering menjadi isu yang panas.  Soalan:-

Pernahkah kita meluangkan masa untuk berjaga sehingga ke pagi subuh, untuk beberapa jam sahaja sebulan sekali, berjalan dicelah-celah bangunan kota KL, duduk dan bercakap dengan gelandangan ini yang semakin hari semakin bertambah. Tolak pegangan politik yang anda ada, sebaliknya keluarkan sikap kemanusiaan anda dan tanya pernahkan anda lakukan begitu? Anda akan terkejut dengan jawapan-jawapan yang anda akan dengari. Kebenarannya, kebanyakan gelandangan ini tidak mempercayai anda, ramai yang memilih cara hidup begini, ada juga yang memangnya bekerja tetapi memilih untuk hidup begitu, setengahnya pulak akan lari jauh sebaik melihat kelibat kita.

Baitulmal MAIWP baru sahaja menubuhkan skuad mereka sendiri, 'SKUAD JEJAK ASNAF' dan seminggu sekali, pegawai-pegawai didalam skuad ini akan meninggalkan keselesaan kediaman mereka dan keluarga untuk beberapa jam, besertakan borang baitulmal dan pen, menjalankan tugas diwaktu kita sedang tidur nyenyak. Berkenalan dengan warga gelandangan dan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan. Saya mendapat peluang mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa daripada Pengurus Baitulmal Ust. Mohd Nizam b. Hj Yahya, dan sentiasa ianya akan kembali ke isu gelandangan.

Artikel dari suratkhabar tempatan:-


Isu ini telah dibawa ke perhatian 'SKUAD JEJAK ASNAF', dengan segera mereka menyiasat keadaan keluarga ini dengan harapan bahawa mereka dapat membantu sebaik mungkin. Malangnya selepas diberikan bantuan perlindungan sementara dan dibekalkan makan dan minum, sementara menunggu dibantu dengan bantuan kecemasan dari Pihak Baitulmal MAIWP, keluarga ini menghilangkan diri tanpa khabar berita. Saya sendiri mengikuti perkembangan mereka melalui pegawai Baitulmal MAIWP, dengan maklumat dimana mereka boleh ditempatkan sementara sehingga boleh mereka berdikari sendiri. Apabila saya dapat tahu, mereka hilangkan diri, perasaan frustration timbul. Bayangkan segala usaha telah dilakukan untuk mengurangkan beban mereka dengan ikhlas tetapi mereka pilih untuk tidak mahu menerimanya. Kalau saya yang sikit bantunya boleh frust, cuba bayangkan pegawai-pegawai yang telah bertungkus lumus ini, bagaimana perasaan mereka yang penuh dengan kerisauan akan keadaan mereka yang bersama anak-anak kecil. Sehingga hari ini masih tiada khabar berita mengenai keluarga ini. Saya pasti SKUAD JEJAK ASNAF meninjau juga sekali sekala jika jumpa kelibat mereka.

Ini pulak kes terbaru, keluarga yang baru dijumpai dijalanan juga oleh SKUAD JEJAK ASNAF dalam tugasan mereka yang seminggu sekali. Keluarga yang punya anak 3bulan dan 1tahun. Pegawai-pegawai Skuad ini juga punya keluarga sendiri dan untuk mereka melihat anak kecil ini tidur dalam keadaan sebegini, mana-mana ibu atau bapa akan sedih. Saya siap titiskan airmata.
Keluarga ini telah dibantu Baitulmal MAIWP untuk bantuan sewa rumah dan bulanan. Alhamdullillah. 

Ini adalah gambar sebahagian. Ada lagi di FB: Baitulmal MAIWP yang sentiasa aje dikemaskini. Layarilah FB mereka untuk maklumat lanjut. Kongsi juga pendapat dan pandangan anda disana, insyaallah mereka akan menjawab sebaik mungkin. 

Kita akan sentiasa merungut, menuduh mengenai sesuatu perkara yang kita sendiri tidak faham. Tidak rugi pun jika kita mengambil inisiatif untuk mencari maklumat dan memahami. Mereka adalah antara yang menjalankan tugas sebaiknya seperti agensi-agensi bantuan yang lain. Mereka perlu meninggalkan keluarga untuk beberapa jam untuk bertugas. Mencari mereka yang memerlukan. Ada waktu mereka harus mengurusi gelandangan yang tidak mahu dibantu tetapi dalam waktu yang sama dicerca pelbagai hanya kerana kita yang tidak sendiri turun padang dan melihat sendiri keadaan sebenarnya.

Kita memilih untuk duduk dirumah, atau kadang keluar bersukaria tetapi kita mencerca mereka kerana sikap tidak ambil peduli kita sendiri.

Pernahkah kita sendiri secara sukarela menjalankan tugasan sukarela yang mereka ini lakukan?
Pernahkah kita cuba untuk membawa perubahan samada kecil atau besar buat mereka yang memerlukan?

Mungkin kita patut lebih bersyukur yang kita lebih bernasib baik dari orang lain. Tetapi dalam waktu yang sama, kita juga boleh menyumbang dari segi maklumat, pandangan dan tenaga dari kita merungut untuk sesuatu yang kita sendiri tidak mahu ambil bahagian. Amalan yang kecil adalah makanan untuk jiwa kita.

Tidak rugi untuk memahami
Tidak rugi untuk membantu dalam apa juga bentuk

Jika mereka ini boleh, Jika saya boleh, maka anda pun boleh.


PS: mereka amat memerlukan maklumat untuk asnaf, jom kita bantu dengan menyalurkan maklumat pada mereka yang betul. Senyum selalu warga KL and salam buat semua.
Previous Post Next Post